Seorang budak lelaki di China terpaksa
dibedah untuk membuang sebilah gunting yang tertusuk dekat salah satu matanya,
lapor sebuah akhbar kelmarin.
Insiden itu berlaku di sebuah kilang
pakaian di bandar Cixi, dalam wilayah Henan, tengah China sekitar tengah hari
kelmarin.
Ketika kejadian, ibunya sedang bekerja
di kilang itu apabila mangsa yang berusia tiga tahun dan dikenali sebagai Ozawa
datang berlari-lari sambil menangis kerana terdapat gunting tertusuk dekat mata
kanannya.
Mangsa kemudian dibawa sebuah hospital
awam di Cixi sebelum dihantar ke hospital di Hangzhou untuk menerima rawatan. Menurut doktor, mangsa akan sembuh
tetapi penglihatan mata kanannya dikhuatiri terjejas akibat kemalangan
tersebut. - Agensi
0 comments:
Post a Comment