Sponsor

Saturday, July 5, 2014

Balas Dendam – (Gambar) Remaja Palestin Yang Di Culik Regim Israel...

Remaja Palestin, Muhammad Husain Abu Khidir (17) meninggal dunia selepas menjadi mangsa penculikkan, penyiksaan dan pembakaran oleh pemuda dari pemukiman Yahudi di kota Syufat, Al-Quds.
Husain Abu Khidir menjadi mangsa keganasan pemuda Yahudi beberapa jam selepas pemakaman tiga tentera remaja Israel, Naftali Frenkel, Gilad Shaar dan Eyal Yifrach di Tel Aviv.
Kejadian ini dipercayai sebagai aksi balas dendam terhadap kematian tiga remaja Israel yang sebelumnya diculik orang tak dikenali. Pemimpin Israel menuduh Hamas bertanggungjawab tetapi dinafikan Hamas. Kejadian ini juga menyaksikan pihak keamanan Israel membuat banyak tangkapan terhadap warga palestin.
Mayat  Muhammad Husain Abu Khidir ditemukan di wilayah hutan Al-Quds dalam keadaan yang sangat mengerikan. Keseluruhan badan nya terbakar dan bekas penyiksaan termasuk dikelar..
Semasa kejadian, Sepupu Husain Abu Khidir mengaku menyaksikan penculikan itu dan mengatakan Husain dipaksa masuk kedalam sebuah kenderaan oleh dua-tiga orang di luar masjid di Shufat. Katanya... ‘Saya berada di dalam masjid pagi itu sekitar pukul 3.45 dan mendengar teriakan di luar’.... “ Mohammad telah diculik”.. ‘ketika aku berlari keluar,  Muhammad Husain sudah dibawa pergi, dan orang-orang di luar mengatakan ia dibawa dengan sebuah mobil’,... ujar Abu Mussa Abu Khidir...AlJazeera -2/07/2014.

Gambar bawah 
Ramai rakyat Palestin hadir diupacara pengkebumian remaja Palestin yang dibunuh oleh pemuda Israel.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/