Sponsor

Saturday, July 5, 2014

Mentaliti Politik Dari Rumah Agam,..Dunianya 'Mewah Dan Selesa'....!..


Tengku Adnan Mansor kurang memahami penderitaan gelandangan apabila sudah terlalu selesa dengan kemewahan hidupnya sendiri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,  5 Julai, 2014.
Mengenangkan Tengku Adnan Mansor, beliau tinggal di dunia yang berbeza daripada 99% daripada rakyat Malaysia.
Pernahkah anda melihat rumah agamnya di kejiranan mewah di Bukit Tunku, yang jaraknya tidak jauh dari kediaman peribadi perdana menteri?
Jika anda salah seorang daripada ribuan pengguna jalan raya yang menggunakan Jalan Duta setiap hari, akan mungkin melihat rumahnya.
Pagar rumahnya dihiasi dengan beberapa poster mega Barisan Nasional atau pemimpin negara. Rumahnya paling kurang setinggi tiga tingkat, dengan harga dalam lingkungan RM10 juta.
Ku Nan dan ahli keluarganya memiliki segala-galanya. Makanan terbaik. Penginapan terbaik. Pakaian terbaik. Kereta terbaik. Pesawat udara terbaik. Destinasi percutian terbaik. Pembantu orang tempatan. Pemandu. Pengawal peribadi. Tukang kebun.
Ini merupakan dunia kehidupannya yang bagus dan selesa.
Pengetahuannya tentang penderitaan seharian rakyat Malaysia amat sedikit; sama ada mengenai seorang kerani di Jabatan Kira-Kira yang mempunyai beberapa mulut untuk disuap ataupun golongan terpinggir di sepanjang jalan di Kuala Lumpur yang hidup demi sesuap nasi.
Apabila berbicara tentang empati (jarang dia bercakap tentang empati), Ku Nan hanya fikir tentang ahli partinya sahaja. Bukan rakyat biasa yang lain.
Kerana dunianya mewah dan selesa.
Maka rakyat usahlah terperanjat apabila Menteri Wilayah Persekutuan itu mengarahkan dapur jalanan di bandar menutup operasinya dan bercakap tentang isu gelandangan dan golongan miskin seperti mereka kepingan sampah.
Disebabkan itu, Ku Nan terpaksa dibela oleh menteri Umno yang lain. Ini benar-benar membingungkan apabila beliau kini terpaksa meminta pertolongan badan bukan kerajaan (NGO) memikirkan jalan penyelesaian isu gelandangan di Kuala Lumpur.
Kita cuma mampu bayangkan seorang menteri yang baik seharusnya sedar kesilapannya selepas kenyataan awal mendapat kritikan ramai pihak. Sekarang, dia menarik balik kenyataannya dengan satu-satunya cara yang dia tahu; dengan berpura-pura mengatakan beliau disalah tafsir. Tetapi kenyataannya tidak disalah ertikan. Kita tahu siapa dia sebenarnya.
Seperti menteri lain, pemimpin politik Umno yang berpengaruh, beliau hidup dalam dunia yang berbeza dengan rakyat Malaysia yang lain, iaitu dalam dunia yang mempunyai akses kepada segala-galanya. Perkara paling penting yang hilang dalam dunia ini ialah EMPATI – sifat yang patut ada pada setiap wakil rakyat dan menteri.
Malangnya sifat itu tidak ada dalam ruang hati segelintir pemimpin yang tinggal dalam rumah agam mewah. –MI/5 Julai, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/