Alfatihah
Jenazah biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar selamat
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini kira-kira pukul 12.10
tengah hari Sabtu. Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) kira-kira pukul 10 pagi.
Sejak pukul 7 pagi,
rakan- rakan artis sudah pun menunggu di masjid untuk memberi penghormatan
terakhir. Antara
yang kelihatan, Uji Rashid, Hail Amir, Zaiton Sameon, Ellie Suriati, Datuk
Sarimah Ahmad, Datuk Siti Nurhaliza, Aznah Hamid, Habsah Hassan, Datuk Chef
Wan, Fazli Zainal, Salwa Abdul Rahman, Mak Jah, Rohana Jalil, Datuk Hattan,
Datuk DJ Dave dan ramai lagi.
Allahyarham telah meninggal dunia
pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini akibat
fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut' selain terkena virus Influenza A
H1N1.
Anak tunggal Allahyarham iaitu Aliff Omar Ali, 32, memberitahu rasa
syukur kerana segala urusan pengebumian ibunya telah diselesaikan dengan lancar. "Alhamdulillah, semua dah selesai.
Terima kasih kepada semua kerana mengambil berat tentang arwah ibu.
"Halalkan makan minum ibu dan doakan kami sekeluarga. Arwah ibu ada
sampaikan amanat kepada saya tetapi itu adalah peribadi yang saya tidak boleh
kongsikan kepada umum," katanya yang baharu pulang dari Madinah pada dua
minggu lalu.
Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu
pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi
itu dilaporkan stabil. Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua
tahun lalu.
Allahyarham sebelum
ini pernah berkahwin dengan seorang penganjur konsert, Ali Bakar pada tahun
1981. Bagaimanapun perkahwinannya hanya bertahan selama setahun selepas
melahirkan anaknya, Aliff.
Kemudian, Allahyarham telah mengahwini dengan
seorang ahli korporat, namun perkahwinan kali kedua yang dibina juga gagal
bertahan dan beliau telah bercerai pada tahun 1992.
Semoga roh nya ditempatkan bersama para
Solehin...amin
0 comments:
Post a Comment