Sponsor

Saturday, July 5, 2014

Berita Kematian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar....


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia awal pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.26 pagi akbat jangkitan pada paru-paru.

Biduanita yang berusia 61 tahun itu dimasukkan ke unit rawatan rapi pada Selasa lalu akibat kesukaran bernafas awal pagi Isnin. Allahyarhan yang lebih dikenali sebagai Kak Pah telah dikesan menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun lalu. Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al-Taqwa Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Zohor.

Pada tahun 2006, atas sumbangan beliau kepada industri hiburan tanah air, allahyarham telah dikurniakan gelaran sebagai Biduanita Negara. Sharifah Aini merupakan anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953.

Kenangan...
Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.
Sharifah Aini merakamkan 93 album termasuk tujuh album Inggeris. Antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru. Beliau juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad. 
Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/