Sponsor

Monday, June 9, 2014

Kenyataan Berbaur Hasutan, ISMA Akan Didakwa Dibawah Akta Hasutan...


Ikatan Muslim Malaysia akan didakwa selepas kertas siasatan dihantar kepada peguam negara, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Gambar fail The Malaysian Insider.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar   mendedahkan Ikatan Muslim Malaysia (Isma) akan didakwa pada bila-bila masa sahaja selepas kertas siasatan dihantar kepada peguam negara.
Khalid berkata, polis masih berunding dengan peguam negara untuk mendakwa pertubuhan bukan kerajaan tersebut yang mengeluarkan kenyataan berbau hasutan sebelum ini.
"Kita sedang berunding dengan peguam negara, belum selesai lagi siasatan tetapi Pejabat Peguam Negara. boleh keputusan bila-bila masa sahaja. "Kita tunggu saja," katanya ketika ditemui pada satu majlis Kementerian Dalam Negeri, pagi ini.
Khalid sebelum ini mengesahkan Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman disiasat mengikut Akta Hasutan susulan kenyataan dikeluarkannya berhubung kaum Cina yang dibawa ke Tanah Melayu adalah "penceroboh". "Siapa yang memberikan mereka kewarganegaraan dan kekayaan sehingga keputusan menceroboh mereka dilindungi sehingga hari ini? "Ini semua perlakuan British, yang berada dalam kumpulan yang sama dengan China untuk menindas dan membuli orang Melayu," kata Abdullah Zaik dalam satu kenyataan, seperti yang dilaporkan di laman web kumpulan itu.
Abdullah berkata, ini adalah satu kesilapan yang terpaksa diperbetulkan tetapi beliau tidak mengatakan bagaimana. Susulan kenyataan kontroversi tersebut, pelbagai pihak termasuk parti politik daripada kerajaan Barisan Nasional dan pembangkang Pakatan Rakyat mengkritik keras Isma.
Terdapat juga desakan supaya presiden Isma tersebut disiasat dan didakwa. – MI/9 Jun, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/