Sponsor

Thursday, July 3, 2014

Ulama’ Syiah Terkenal Iraq Menyokong Penuh Revolusi Sunni..?.. PM Nouri Maliki makin Tertekan...!..


Ayatollah Sayed al-Hassani
Seorang Ulama’ terkenal Syiah menyatakan sokongan penuh dan membenarkan revolusi Sunni yang tertindas sekian lama akibat kezaliman pemerintahan Syiah pimpinan PM Nouri al Maliki. Dalam rakaman video yang berdurasi selama 15 minit, Ayatollah Sayed al-Hassani Sarkhi berkata,.. ‘apa yang terjadi di Iraq adalah sebuah Revolusi masyarakat yang sekian lama tertindas dan bukan nya sebuah ‘pemberontakan’ seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah pemerhati politik di Timur Tengah...
Berikut link video tersebut:
Tambahnya lagi,... ‘sebagian besar dari mereka yang mengangkat senjata menentang Regim al Malikib adalah anak-anak dari kelahiran Iraq sendiri, bukannya orang asing’...
Selain itu, Hassani juga turut menyelar fatwa sesat ulama’Syiah ‘Asistani,.. yang menyerukan pertumpahan darah melawan pejuang Sunni.
Ayatollah Sayed al-Hassani Sarkhi menegaskan bahawa, tuntutan warga Sunni sebelum ini semasa Iraq dipimpin Nouri al Malki adalah sah, akan tetapi Nouri al Maliki tidak melakukan haknya sebagai pemerintah sehingga mereka ‘kaum Sunni’ terpaksa mengambil ‘haknya dengan tangan mereka sendiri’....
Ulama kenamaan Syiah ini juga turut mengkritik dasar ketenteraan Iraq dengan menjelaskan bahawa, angkatan bersenjata di Iraq dibentuk atas dasar sektarian dan ‘bukan atas dasar patriotisme dan nasionalisme serta hati nurani dan kemanusiaan’. Sebab itu tentera Iraq tidak mempunyai kekuatan menghadapi tentangan dari Revolusi kaum Sunni...sumber EM

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/