Masih terbayang diingatan
tragedi Bola Sepak Piala Dunia 1994. Peminat bola sepak dari seluruh dunia
dikejutkan dengan insiden terbunuhnya seorang pemain bola terbaik Columbia
ketika itu, Andres Escobar pada tanggal 2 Julai 1994. Insiden malang ini
dikaitkan dengan ‘gol bunuh diri’, sebutan popular ketika itu di Columbia
dimana Columbia tewas dalam persaingan Piala Dunia di tangan pasukan Amerika
Syarikat.
Columbia diera tahun
1990 an memang tercatat antara negara yang cukup cemerlang dalam arena bola
sepak. Beberapa pemain terkemuka dunia lahir ketika itu. Antaranya adalah
Andres Escobar. Bukan sahaja di Columbia, nama Escobar juga gemilang di US pada
ketika itu menjadi seorang pemain dan kapten sebuah Kelab terkemuka di Amerika
Syarikat.
Dalam perlawanan Columbia
menentang US pada piala Dunia 1994, penentuan untuk Columbia meneruskan
kemaraan seterusnya amat bergantung kepada kemenangan mutlak. Kekalahan pada
pasukan Rumania ‘3-1’ pada saingan pertama tidak mungkin berulang dalam babak
kedua menentang US. Ternyata dalam perlawanan itu, columbia menunjukkan
taringnya, namun hanya sampai minit ke 35, ‘mala petaka’yang tidak diduga pula
yang menjelma. Us melalui pemainnya, ‘John Harkes’ membuat hantaran lintang
dihadapan pintu gol Columbia. Andres Escobar datang untuk menyelamatkan nya,
tapi sayang, sentuhan tersasar, tidak semena-mena, Bola menjulur masuk ke
gawang sendiri. Escobar di persalahkan. Penonton mula mengecam, lontaran
kata-kata makian mula bergema. Dari sinilah popularnya perkataan ‘Gol Bunuh
Diri’ hasil kesilapan Escobar. Sehingga detik penamat perlawanan, Columbia
tewas dalam persaingan untuk yang seterusnya.
Di Columbia,
kekalahan pasukan Columbia menjadi bualan. Nama Andres Escobar menjadi
pertaruhan. Dari seorang ‘Dewa’ bola sepak yang selalu dipuja bertukar menjadi ‘racun’
yang berbisa. Andres Escobar amat tertekan dengan cemuhan. Pada awalnya memilih
untuk mendiamkan diri akhirnya terpaksa juga keluar menunjukan wajahnya
dikhalayak ramai.
Menurut saksi,
Andres Escobar tiba di sebuah Bar ‘El Indio’ pada 2 Julai 1994 bersama seorang
rakan. Dalam Bar tersebut ada sekelompok orang sedang berbicara tentang
kekalahan Columbia akibat ‘Gol Bunuh Diri’ oleh Escobar. Tidak tahan dengan
cemuhan, Escobar memutuskan untuk keluar dari Bar, tapi tetap diikuti sehingga
diluar Bar. Escobar di provokasi sehingga menimbulkan kemarahan. Escobar cuba
menjelaskan keadaan yang sebenar, tetapi ditolak tanpa budi bicara. Situasi
semakin panas, keadaan sudah tidak terkawal. ‘Enam peluru menembusi bahagian
belakang Escobar’, Andres Escobar rebah. Lenyaplah sebutir permata ‘bola sepak’
Columbia.
Keadaan di Columbia
ketika itu memang berbahaya. Dipenuhi dengan kartel-kartel Nakoba, yang
terkenal dengan kebengisan dan keganasan. Apa kaitan dengan pembunuhan Andres
Escobar sudah diduga banyak pihak. Episod balas dendam akibat kekalahan dalam
pertaruhan adalah punca Escobar dibunuh. Walaupun saksi dan bukti sudah jelas
yang membabitkan siapa pelakunya, tapi kena ingat, ‘Ada Boss Narkoba sebagai
pemegang modal terbesar dalam kelab bola sepak tempat Andres Escobar bermain’.
Lebih 120,000 orang
memberikan penghormatan terakhir untuk Andres Escobar. Mereka memenuhi ruang sekitar
jalan Medellin. Presiden Columbia, ‘Cesar Gavaria’ turut sama memberikan
penghormatan. Dalam ucapannya,.. ‘Andres Escorbar tetap akan berada dihati kami
sebagai pejuang moral, seorang lelaki yang mencintai keluarga, Seorang idola
bola sepak yang patut dicontohi. Columbia tidak boleh membiarkan seorang Putera
terbaiknya diperlakukan seperti ini’..
Kini, 20 tahun telah
pun berlalu. Perginya lagenda bola sepak ‘Andres Escorbar’ tetap dalam
kenangan. Namun Columbia tetap berjaya merentas cabaran Piala Dunia. Columbia antara
yang berjaya menjejak kaki ke peringkat suku akhir piala Dunia Brazil 2014.
Mungkin tidak se gah pasukan lawan, namun bagi pengurus pasukan, ‘James
Rodriguez’, pertemuan dengan Brazil di Stadium Fortaleza pada Jumaat, ‘4 Julai
2014’ nanti merupakan satu kemenangan untuk Columbia yang berjaya ke Suku
akhir. Semoga juga pertemuan pada Jumaat nanti dijadikan peringatan terbunuhnya
bintang bola sepak kesayangan Columbia 1994...Rest and Peace, Andres
Escobar....
Sekadar pandangan
peribadi penulis, rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat..
0 comments:
Post a Comment