Kuala Kangsar: Dua anggota tentera maut,
manakala dua lagi parah selepas kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia
(ATM ) dinaiki mereka, terbalik di Kilometer 232 Lebuh Raya Utara- Selatan arah
selatan, berhampiran bandar ini, semalam.
Kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu dipercayai berlaku ketika kenderaan jenis SIBMAS 6x6 dinaiki empat anggota berkenaan sedang melalui laluan berbukit, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan melanggar penghadang jalan sebelum terbalik.
Tayar
melambung Anggota yang maut di tempat kejadian dikenali Sarjan Bayong Burma,
manakala rakan setugasnya, Koperal Che Mohd Fatonah Che Ismail, 31, dilaporkan
meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar. Dua
anggota yang cedera ialah Koperal Sarifuffin Abdullah, 36, dan Lans Koperal
Fredi Barnabas, 29. Kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu dipercayai berlaku ketika kenderaan jenis SIBMAS 6x6 dinaiki empat anggota berkenaan sedang melalui laluan berbukit, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri dan melanggar penghadang jalan sebelum terbalik.
Difahamkan, mereka dalam perjalanan dari Kem 3 Armor Sungai Petani, Kedah menuju Gemas, Negeri Sembilan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu, jam 6.46 petang.
Sebaik lapan anggota kami tiba di lokasi, didapati sebuah kereta perisai terbalik dan pemeriksaan kemudian mendapati ada empat anggota tentera dalam kenderaan berkenaan.
Bomba kemudian menjalankan kerja menyelamat sebelum semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat dan rawatan lanjut, katanya.
Sementara itu, anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Kangsar, Abd Momin Khushairy, berkata dia bersama beberapa rakan berada kira-kira 50 meter di belakang kereta perisai berkenaan apabila melihat kepulan asap dan tayar kenderaan itu melambung hingga lepas ke laluan bertentangan.
Sebaik tiba di tempat kejadian, saya melihat dua anggota tentera terbaring di atas lebuh raya termasuk seorang yang tercampak kira-kira 20 meter dari lokasi, manakala dua lagi anggota tentera masih dalam kenderaan. Kami kemudian membantu mangsa termasuk yang terperangkap dalam kereta perisai terbabit, katanya.
Katanya, dia bersama tiga rakan setugas ketika itu dalam perjalanan pulang ke pejabat selepas ke lokasi satu lagi kes kemalangan, kira-kira tiga kilometer dari tempat kejadian membabitkan anggota tentera berkenaan. -BH
0 comments:
Post a Comment