Seorang ahli Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan
Syria (Isis), Abu Turab Al Mugaddasi berkata mereka akan menakluki kota suci
umat Islam itu dan memulakan operasi dari sana.
"Jika Allah izinkan, kami akan membunuh sesiapa
yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah. "Mereka ke Mekah untuk
menyentuh batu dan bukan kerana Allah," lapor India Today memetik sumber
berkenaan.
Isil pada Isnin mengisytiharkan penubuhan 'kerajaan
khalifah Islam' di kawasan yang ditawan ketika tentera Iraq melancarkan operasi
menawan semula bandar Tikrit, lapor AFP.
Dalam rakaman audio yang disebarkan melalui Internet,
Isil turut mengangkat ketuanya, Abu Bakr al-Baghdadi sebagai khalifah dan
pemimpin umat Islam di seluruh dunia.
Melalui pengumuman itu, Isil mendakwa, kerajaan baharu
itu terbentuk dari Aleppo di utara Syria sehingga ke Diyala, dua wilayah yang
masih dikuasai oleh militan tersebut, lapor agensi berita itu.- MI/2
Jul 2014.
elok serang kerajaan yahudi saudi tapi jangan runtuhkan kaabah.
ReplyDelete