Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjelaskan bahawa
tindakan anggotanya memasang pita pelekat di rekahan jalan dalam kejadian
runtuhan terowong petang di Jalan Imbi semalam adalah untuk mengesan pergerakan
tanah.
“Tanda-tanda bahaya seperti pokok tumbang, pecahan di tanah dan
resapan air dari tanah yang menjunam masih amat berbahaya. "Sebarang
pergerakan jentera berat boleh menyebabkan tanah runtuh. Dan cara yang
sebaik-baiknya ialah untuk mengawasi pergerakan tanah yang sedang berlaku di
lokasi tersebut,” kenyataan jabatan itu dipetik.
Kenyataan
di Facebook itu bagi menjawab gambar menunjukkan anggotanya memasang pita
tersebut di kawasan rekahan jalan – yang menjadi bahan jenaka di laman sosial.
Pengguna laman sosial antaranya
bergurau dengan berkongsi gambar berkenaan dengan tulisan yang menunjukkan
seolah-olah anggota penyelamat tersebut berbuat demikian untuk mengelakkan
rekahan menjadi lebih buruk. “Jalan retak ni kita sambung dengan selotep
(pita pelekat) dulu,” tulisan di gambar itu dipetik.
Jabatan bomba dalam kenyataannya
menegur: "Ia bukan untuk menjadi bahan gelak ketawa atau gurau senda!”
Jabatan tersebut juga
menegur pengguna sosial agar memahami teknik yang dijalankan sebelum memberi
ulasan berbentuk gurauan.
Selain itu, para
pengguna Internet turut dikesan menyebar gambar diubahsuai untuk berjenaka –
antaranya dengan tambahan gambar raksasa.-MK/3 Jul 2014
0 comments:
Post a Comment