Justeru, beliau menasihatkan rakyat negara ini jangan mudah mempercayai isu ini yang sengaja diciptakan untuk mengaitkan PAS dengan militan. "Ini adalah tindakan terancang untuk dikaitkan dengan PAS dan mahu menakut-nakutkan rakyat negara ini mendekati PAS. Jangan terpengaruh dengan perkara ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga meminta mana-mana pihak tidak melabelkan institusi pondok sebagai tampat untuk gerakan ekstrem dan militan. Malah katanya, institusi pondok seharusnya mendapat perhatian daripada bukannya mendapat cemuhan oleh mana-mana pihak baik pun kerajaan. "Janganlah terlalu curiga dengan institusi pondok yang banyak melahirkan generasi berilmu dan akhlak, malah ramai ulama-ulama hari ini adalah hasil daripada pondok," katanya.-HD/5 Jul 2014
0 comments:
Post a Comment