‘Sudah jatuh ditimpa tangga’, Inilah
nasib yang bakal menimpa rakyat Mesir bila kerajaan ‘kuku besi’ pimpinan Fatah
as Sisi mula memperkenalkan peningkatan tarif Elektrik dan kenaikan harga
minyak dalam usaha untuk menyekat subsidi dan mengurangkan defisit negaranya.
Harga minyak dilaporkan meningkat 78
peratus sementara kadar baru bagi elektirk meningkat dua kali ganda dalam masa
lima tahun akan datang. Akibat daripada pengumuman itu, ramai menjangkakan akan
berlaku kenaikan harga barangan keperluan dan sudah tentu akan menjejaskan
kehidupan seharian rakyat.
Dalam masa yang sama, perkembangan
tersebut telah mengundang kemarahan ramai rakyat Mesir. Sejumlah daerah di
Mesir telah dipenuhi pelbagai aksi bagi membantah rancangan kenaikan harga
minyak oleh Regim as Sisi.
Di Giza, sekumpulan pemandu teksi mengadakan ‘mogok’
dan menuntut kerajaan menimbang semula kenaikan yang dianggap membebankan
mereka.
Hal yang sama juga dilakukan oleh pemandu pengangkutam awam
yang lain di Daerah Suez, Gharbiyah,
Asyut, Ismailiah, dan Minia. Khusus di Minia dan Ismailiah, dalam aksi demo
pemandu kenderaan awam mendapat skongan penduduk setempat dan melakukan aksi
menentang kenaikan tarif elektrik dan minyak – Pelbagai sumber.
0 comments:
Post a Comment