Sponsor

Tuesday, July 1, 2014

Lembaga Siasatan Di Tubuhkan Bagi Menyiasat Suspek Diplomat Terlibat ‘Serangan Seksual’ Di New Zealand..


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra, Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 1 Julai, 2014.
Putrajaya tidak akan memberi pelepasan kepada suspek diplomat penyerang seks, Muhammad Rizalman Ismail, 38, di New Zealand (NZ) melainkan "ia betul-betul dikehendaki".
Perkara itu diumumkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini pada sidang media di Wisma Putra, selain satu lembaga siasatan juga ditubuhkan Kementerian Pertahanan (Mindef) hari ini. "Jika ia betul-betul dikehendaki, di mana kami fikir jalan terbaik untuk melepaskan imuniti, kami akan lakukannya tanpa teragak-agak," kata Anifah pada sidang media hari ini.
Anifah berkata hasil siasatan oleh pihak Mindef akan disalurkan kepada pihak berkuasa NZ. "Tapi kami mempunyai keyakinan yang tinggi dalam lembaga inkuiri Mindef dan mereka akan berkomunikasi dengan pihak berkuasa New Zealand," katanya.
Apabila ditanya mengenai "dikehendaki", Anifah berkata ia bermakna apabila pihak NZ meminta Rizalman supaya kembali ke negara tersebut atas dasar dipercayai siasatan di Malaysia tidak dijalankan secara sepatutnya.
Anifah juga menjelaskan pihak berkuasa New Zealand yang membenarkan Rizalman dibawa pulang ke Malaysia pada Mei lalu. "Kementerian Luar sedia menyediakan pelepasan imuniti diplomatik terhadap tertuduh untuk membolehkan pendakwaan dibawah undang-undang NZ diteruskan.
"Semasa perbincangan 12 Mei lalu, pihak NZ menawarkan alternatif kepada tertuduh untuk dibawa balik ke Malaysia... ia tidak bermaksud untuk mengambil ringan perkara itu," katanya. – MI/1 Jul 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/