Kejadian berlaku kelmarin apabila suspek yang hanya
dikenali dengan nama keluarganya, Shi, menyimbah mangsa dengan petrol di luar
sebuah warung kopi.
Mangsa kemudian rebah dan mati di
tempat kejadian. Mayat itu rentung hingga tidak dapat dikenali.
Selepas serangan itu, Shi meminum racun serangga dan cuba mengelar dirinya
dengan pisau tetapi berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital. Menurut pemilik warung itu, Shi datang dengan berpakaian serba hitam dan
mengekori mangsa sambil memegang baldi berisi petrol. Apabila tiba di warung itu, Shi bertanya kepada mangsa: “Adakah kamu yang
mendampingi suami saya?”
Tanpa menunggu jawapan daripada mangsa, Shi menyembur serbuk lada ke muka
wanita itu dan berlari mengambil baldi berisi petrol lalu, menyimbah wanita
berkenaan dan membakarnya.-Metro
0 comments:
Post a Comment