Sponsor

Thursday, July 3, 2014

Alhamdulillah.., Model Cantik Felixia Yap Telah Bertemu Jalan Yang Di Redhai.....


Model cantik Felixia Yap dengan rasmi memeluk Islam hari ini di hadapan empat saksi dan menyatakan telah bertemu 'jalan pulang' selepas pencarian bertahun-tahun.

Beliau sebelum ini telah berhijab selama enam bulan dan mendalami agama Islam sehingga menarik perhatian masyarakat Malaysia.

Felixia yang berasal dari Ipoh hari ini dengan panjang lebar menulis di laman Facebook dan blog beliau tentang pencarian hidup beliau dan melahirkan rasa lebih tenang selepas mendekati Islam.

Gadis berusia 28 tahun itu menceritakan mula berjinak dengan hijab ketika diminta memperagakan pakaian muslimah untuk sesi fotografi.Beliau mendapat ilham dan terasa lebih selesa, selamat dan berasa dihormati. Bekas model 'arnab' untuk Playboy yang fasih berbahasa Melayu itu kemudiannya mengambil keputusan untuk mendalami Islam dan melahirkan kebanggaan kerana niat itu direstui ibu kesayangan.


Beliau yang menambah “Rania” pada namanya itu bagaimanapun memohon maaf kerana tidak membenarkan mana-mana media membuat liputan dan menegaskan acara itu hanyalah formaliti kerana hati beliau telah pun beriman sebelum ini. "Kepada semua media, saya pasti untuk tidak membenarkan sesiapa pun untuk datang menyaksikan saya mengucap syahadah bagi berlaku adil kepada semua. Terima kasih kerana memahami," tulisnya di laman sosial Facebook, hari ini.

Bertudung sebelum Islam
Felixia turut dikatakan bakal terjun untuk membuka perniagaan fesyen busana muslimahnya sendiri. Terdahulu, tindakannya memilih memakai hijab sebelum rasmi memeluk Islam turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang menyokong tetapi juga segelintir pihak yang sinis dengan tindakannya itu.

"Saya telah mengharungi pelbagai dugaan. Bantahan. Makian. Sindiran. Fitnah. Penyisihan. Tekanan. "Tetapi syukur Alhamdullilah... saya juga dapat sokongan yang begitu hebat. "Saya harus berterima kasih dengan kedegilan saya," tulis beliau.
MK/3 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/