Beliau
berbuat demikian ketika Dewan sedang membahaskan isu penyeludupan senjata api
ke dalam negara. “Skirt
Seputeh sehingga paras lutut, saya boleh nampak lututnya, macam mana pakaian
begini boleh dibenarkan?” katanya.
Beliau
juga mendakwa baju yang dipakai Teresa tidak sesuai di Parlimen, kerana seperti
baju-T biasa dan berwarna merah.
Tindakan
pelik dan biadap itu membangkitkan kemarahan Teresa yang bangun dan berkata,
“You tak ada kerja lain ke?” serta meminta Bung Mokhtar menarik balik kata-katanya
itu. Bung
Mokhtar juga cuba membuatkan Teresa dihalau dari dewan dengan membangkitkan
peraturan mesyuarat, namun tidak dilayan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Datuk
Ismail Mohamed Said.
Bung
sememangya dikenal sebagai Ahli Parlimen yang gemar mencetuskan kekecohan serta
mengeluarkan kenyataan bersifat seksis ketika sesi perbahasan di Parlimen.
Pada
2007, ketika perbahasan tentang kebocoran bumbung Parlimen, beliau berkata,
“Mana ada bocor? Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan juga.”
Kenyataan
itu menimbulkan kemarahan Ahli Parlimen DAP Batu Gajah ketika itu, Fong Po
Kuan, dan Ahli Parlimen wanita lain, sehingga beliau terpaksa memohon maaf.....RK/11 April 2014
0 comments:
Post a Comment