AKIBAT kehabisan
minyak, seorang juruterbang mengambil keputusan untuk mendarat di jalan raya
dan mengisi bahan bakar di stesen minyak di Daerah Beichuan, China.
Pesawat
ringan yang dipercayai dikendalikan oleh juruterbang warga asing itu pada
mulanya mendarat di jalan raya sebelum dilihat beratur bersama kenderaan lain
untuk masuk ke stesen minyak.
Seorang
jurucakap polis berkata, pihaknya telah mendapat laporan bahawa terdapat sebuah
pesawat telah mendarat di jalan raya serta bergerak seperti kenderaan biasa.
"Agak
sukar untuk mempercayai laporan itu tetapi beberapa saksi yang tampil bersama
gambar membuatkan kami akhirnya mempercayai laporan berkenaan," kata
polis terbabit.
Jelasnya,
siasatan polis masih mengesan lokasi pesawat itu mendarat dan berlepas selepas
mengisi minyak.
"Kami
beranggapan pesawat itu mungkin kenderaan biasa tapi berbentuk kapal terbang,
namun saksi berkata ia mempunyai keupayaan untuk terbang. "Malah,
seorang atendan stesen minyak memberitahu, juruterbang itu menceritakan dia
telah menghabiskan sebanyak £200,000 untuk pesawat berkenaan," ujarnya.
Berikutan
itu, pihak polis Beichuan kini sedang menjejaki juruterbang warga asing itu
untuk siasatan. - mStar
Sumber Mimpi Senja http://mimpi-senja.blogspot.com/2014/04/kehabisan-bahan-bakar-pesawat-mendarat.html
0 comments:
Post a Comment