Sponsor

Tuesday, April 29, 2014

Mesir Semakin Tegang, Keputusan Terbaru Mesir Menghukum Mati 683 Anggota Ikhwan Muslimin…

Keputusan mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepada pemimpin utama Ikhwanul Muslimin dan 683 penyokongnya dijangka akan menggiatkan tindakan balas ke atas gerakan yang boleh mencetuskan bantahan dan keganasan politik menjelang pilihan raya negara itu bulan depan.
Hukuman yang dijatuhkan kepada Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin,  Mohamed Badie akan menyemarakkan kemarahan ahli kumpulan yang telah menjadi sasaran serbuan, tangkapan dan sekatan sejak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi dari kuasa pada Julai tahun lalu.
Keputusan itu dibuat pada satu sesi mahkamah yang hanya mengambil masa kurang daripada tempoh lima minit. Semalam, hakim Sayedd Yousef juga mengesahkan hukuman itu dijatuhkan kepada kira-kira 40 defendan dalam perbicaraan beramai-ramai, manakala defendan lain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Difahamkan, hukuman penjara seumur hidup di Mesir bermakna 25 tahun.


Badie merupakan antara 77 daripada 683 defendan yang berada di kandang mahkamah, manakala tertuduh selebihnya dibicarakan tanpa kehadiran mereka dan mempunyai hak automatik untuk dibicarakan semula. Undang-undang Mesir mengkehendaki hukuman mati disahkan oleh hakim yang mengadili sesuatu kes selepas mendapat nasihat daripada Mufti Besar Al-Azhar, pegawai terkemuka agama di Mesir dengan nasihat mufti kepada hakim adalah rahsia.

Bagaimanapun, keputusan dan hukuman mati itu masih tertakluk kepada rayuan di Mahkamah Rayuan. Sebelum ini, hakim yang sama, Sayedd Yousef enggan mendengar sebarang hujah daripada pasukan pembelaan dalam satu sesi perbicaraan berlangsung selama empat jam. Sayedd mula mendapat perhatian dan kritikan antarabangsa termasuk bantahan kumpulan hak asasi manusia selepas beliau menjatuhkan hukuman mati ke atas 528 defendan pada 24 Mac lalu ekoran satu perbicaraan ringkas yang disifatkan tidak mengikut peraturan.
SH/29 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/