Sponsor

Wednesday, April 16, 2014

‘Cerdik Pun Tak Boleh Menumpang, Bodoh Pun Tak Boleh Di Ajar’...

Anwar Ibrahim - 'Rujuk terjemahan salah, kemudian hentam saya'....

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menyerangnya dalam isu MH370 berdasar laporan yang didakwa salah terjemah.
Bernama semalam melaporkan Najib membidas kenyataan Anwar yang dikatakan mampu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu dalam sesaat.
Agensi berita nasional itu memetik kenyataan Anwar dalam media China Southern Weekly pada 5 April yang dikatakan mampu berbuat demikian jika menjadi perdana menteri."Bernama membuat terjemahan yang salah dalam laporan akhbar China Sourthen Weekly"Apa yang saya katakan adalah saya akan mengambil masa satu saat untuk mengambil keputusan tindakan yang perlu diambil untuk keselamatan rakyat bukannya menyelesaikan.
"Kerajaan BN telah merekayasa satu kenyataan dan menyerang dengan tidak merujuk kenyataan sebenar," katanya dalam sidang media hari ini.

MK/16 Apr 2014

1 comments:

  1. Erm...saya dah jelik sebenarnya mendengar penafian 360 darjah Pak Nuar. Dari dulu lagi. Bairpun ada bukti kukuh spt tuduhan 40K Bangla tempoh hari...dia takkan mengaku. Terpulanglah, siapa yang bodoh....

    ReplyDelete

http://penburukonline.blogspot.my/