Sponsor

Monday, April 21, 2014

Gear Pesawat Rosak, Pesawat MH192 Terpaksa Berpatah Balik Ke KLIA…

Penerbangan Malaysia Airlines yang menuju ke Bangalore, India, hari ini berpatah balik selepas mengalami kerosakan gear dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui Twitternya berkata penerbangan itu membuat pendaratan cemas pada pukul 1.56 pagI dan semua penumpang serta anak kapal selamat.
Beliau dalam perjalanan ke KLIA. Penerbangan MH192 berlepas dari KLIA pada pukul 10.09 malam tadi dengan 159 penumpang dan tujuh anak kapal, bagaimanapun pada 12.40 tengah malam, ia menghantar tweet sedang berpatah balik.
Dalam kenyataan media pada pukul 1.35 pagi, MAS berkata gear mendarat sebelah kanan pesawat itu rosak semasa berlepas dan pesawat itu dijangka membuat pendaratan cemas pada pukul 2 pagi. "Penerbangan MH192, yang menggunakan pesawat B737-800, dijadual tiba di Bangalore pada pukul 11.35 malam hari yang sama (semalam).  

"Penerbangan itu membawa sejumlah 166 orang termasuk 159 penumpang dan tujuh anak kapal," menurut MAS. Insiden itu menarik perhatian global terutama daripada pengguna Internet yang memberi reaksi kepada tweet MAS berkenaan.
Kecekapan Juruterbang Pesawat MH 192 Mendapat Pujian Penumpang…
Rata-rata penumpang pesawat Malaysia Airlines MH192 yang melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini memuji kecekapan juruterbangnya melakukan pendaratan dengan baik dan lancar.

Masluhuddin Khan, 30-an, warga Australia berketurunan India berkata, walaupun ini merupakan detik yang agak menakutkan dalam hidupnya namun juruterbang MAS melakukan pendaratan dengan baik sekali.

Malah juruterbang itu memaklumkan kepada penumpang melalui sistem interkom setiap 20 minit mengenai langkah dan tindakan yang diambil olehnya semasa berlegar-legar di ruang udara selama empat jam, katanya. "Semua penumpang tenang sahaja di dalam pesawat, semuanya dalam keadaan baik di dalam kabin," katanya semasa ditemui pemberita.
Masluhuddin ditemui bersama 159 penumpang dengan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein; Pengarah Urusan Malaysia Airports, Tan Sri Bashir Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya di bangunan satelit KLIA.

Kebanyakan penumpang menunjukkan reaksi tenang dan senang untuk ditemu ramah pemberita. Kapal terbang itu dikemudi Kapten, Nor Adam Azmi dan dibantu pembantu juruterbang, Prakash Kumar. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/