Sponsor

Friday, April 18, 2014

Anak Sulung Karpal Singh Menghargai Pengiktirafan Kerajaan Negeri Pulau Pinang..


Jagdeep Singh Deo, anak lelaki sulung Karpal Singh(gambar), berkata keluarganya merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberi penghormatan negeri bagi upacara pengebumian bapanya.
  
"Pengiktirafan Pulau Pinang ini akan membanggakan bapa saya, memandangkan semasa hayatnya, beliau tidak pernah meminta apa-apa daripada sesiapapun selepas melakukan pengorbanan kepada parti dan negara," katanya.
  
Beliau berkata kunjungan orang ramai ke rumah keluarganya akan ditamatkan pada 11 malam setiap hari bagi membolehkan anggota keluarganya berehat.
  
Selepas mayatnya dibakar, abu Karpal Singh akan ditabur ke laut pada Isnin pagi. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/