Sponsor

Thursday, April 24, 2014

‘Sedih’, Jika Perundangan Syariah Islam Hanya Sekadar ‘Mainan Kata-Kata’ Dibibir Pemimpin Melayu….

Sehari selepas Ahli Parlimen Umno Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyatakan secara terbuka tidak menyokong perlaksaan hudud di Kelantan, hari ini Gerakan selaku sekutu Umno pula bertindak serupa. Sekumpulan Pemuda Gerakan hari ini menyerahkan satu notis kepada PAS, mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan meneruskan hasrat melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II (1993)  melalui Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen.
Notis itu diserahkan ketuanya Tan Keng Liang bersma 12 anggotanya kepada Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Yusafiza Yaakob yang menerimanya di Pejabat Agung PAS di sini tengah hari ini.

"Dengan ini kami memberi notis kepada PAS kami akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah untuk menegakkan perlembagaan persekutuan negara kita sekiranya PAS melaksanakan hukum hudud di Kelantan," notis itu.
Selain penyerahan itu, mereka juga dibenarkan menggunakan ruang sidang tingkat bawah bangunan itu bagi menyatakan pandangan mereka berhubung undang-undang Islam itu.
Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.

Dalam pada itu, tiga ahli parlimen Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah itu.
Mereka adalah Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.
Selain itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Sri Jamil Khir Bharom juga telah berjanji bahawa pusat akan membantu Kelantan dalam usaha ke arah perlaksanaan undang-undang Islam itu.
HD/24 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/