Sponsor

Friday, April 18, 2014

Anwar Ibrahim – ‘Saya Mahu Anda Di Permatang Pauh Bangun Sebagai Benteng Mempertahankan Amanah Daripada Penyangak Umno Dan BN’..

PERMATANG PAUH: Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Permatang Pauh supaya bangun menjadi benteng amanah dan ketelusan negara dan tidak mudah menggadaikan pronsip kepada Umno dan BN sekiranya beliau dipenjarakan buat kali kedua.
Menurutnya, jika ditakdirkan semalam adalah pidato terakhir beliau di Permatang Pauh, Anwar mahu jentera Pakatan Rakyat diperkemaskan bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) kawasan parlimen itu.
Berucap di pentas Reformasi 2.0 di Tapak Ekspo Seberang Jaya, dekat sini, beliau tidak menolak kemungkinan akan dipenjarakan jika rayuannya dalam kes Liwat 2 ditolak Mahkamah Persekutuan.
Beliau mendapat maklumat bahawa BN sudah mempersiapkan jentera untuk berhadapan dengan PRK Permatang Pauh seandai dirinya didapati bersalah serta dipenjarakan. "Andai kata Allah SWT uji kita dengan isu ini, saya mahu anda di Permatang Pauh bangun sebagai benteng mempertahankan amanah daripada penyangak Umno dan BN yang terlalu ghairah mahu merampas sekaligus meranapkan Pakatan Rakyat," tegasnya di hadapan ribuan hadirin.
Jelas Anwar lagi, keseluruhan konpirasi yang dilaluinya pasti terjawab suatu hari dan pasti terdedah satu persatu. Menurut Anwar, walaupun dikurung di penjara sekali lagi semangat serta jiwaraganya tidak akan lemah longlai. "Anwar bukan orang yang cepat lemah semangat malahan akan terus bangkit biarpun dipenjara, " katanya sambil melaungkan slogan "Lawan Tetap Lawan".
Turut berucap Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail, Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, Timbalan Yang DiPertua PAS Baling, Brigadier Jeneral (B) Dato' Najmi Ahmad, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohamd Sabu dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rashid Hasnon.
Anwar juga sempat menziarahi jenazah bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh di kediaman keluarga Ahli Parlimen Jelutong itu di Jalan Utama, Georgetown petang semalam. Karpal meninggal dunia akibat kecederaan parah apabila kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan hala ke utara dekat Gua Tempurung awal pagi semalam.
HD/18 April 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/