Sponsor

Monday, April 28, 2014

NGO – Tanya Soalan Remeh, Peluang Yang Sepatutnya Di Gunakan Telah ‘Di Sia-Siakan’…

Kumpulan pejuang hak sivil yang menghadiri sesi perbincangan bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melahirkan kekecewaan apabila belia Asean yang melambangkan bakal pemimpin mempersiakan peluang keemasan apabila tidak membangkitkan isu polisi yang dihadapi hari ini.
Kumpulan berkenaan berkata, kumpulan belia dari Asia Tenggara itu sebaliknya hanya berminat bertanyakan soalan makna kegembiraaan buat Obama dan soalan yang tidak berkaitan polisi antarabangsa dan perundangan di Malaysia. Timbalan Pengarah Kajian Polisi Antarabangsa dan Keselamatan ISIS Malaysia, Elina Noor, berkata beliau berharap soalan yang ditanyakan khusus menyentuh mengenai situasi sekarang.
Lebih 100 penyertaan daripada Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI), yang ditubuhkan atas  inisiatif Obama Disember lalu bertanyakan 8 soalan termasuk legasi yang ditinggalkan, cara menangani perubahan iklim dan pengukuhan tenaga kerja serta nasihat untuk Malaysia bagi mencapai status negara maju menjelang 2020.

Obama juga memuji Malaysia atas perkara yang dilakukan berbanding banyak negara sejak dua dekad lalu, dan kepimpinan yang mempromosikan eksport termasuk melatih rakyatnya mempunyai kadar literasi yang tinggi.
NGO berkenaan bagaimanapun merasakan masa yang terhad lebih baik digunakan dengan soalan yang menyentuh isu melibatkan Malaysia.
"Kami mahu beliau menjelaskan perubahan hubungan bilateral kepada perkongsian dengan Malaysia seperti yang diumumkan ketika sidang media bersama perdana menteri," kata Elina.
Beliau berkata, terdapat hasil positif daripada sesi itu apabila Obama menyatakan orientasi seksual tidak harus didiskriminasi dan mereka tidak seharusnya menyusun diri mereka secara politik berdasarkan etnik dan kaum, tetapi idea. Pegawai bantuan guaman wanita, Yu Ren Chung, berkata kurangnya soalan berkenaan polisi AS turut menjejaskan mereka di Asia Tenggara terutamanya isu ketelusan dan Perjanjian Kerjasama Trans Pasifik (TPPA).
Lena Hendry daripada Pusat Komas berkata, kumpulan pelajar itu seharusnya bertanyakan hak asasi manusia susulan daripada pelbagai peristiwa di Malaysia. Wakil Lawyers for Liberty, Michelle Yesudas bersetuju dengan Hendry dengan berkata, mereka mengharapkan lebih banyak platform membina bagi membincangkan isu perkauman, pemusnahan etnik, polisi agama dan perundangan yang dilanggar di Malaysia. "Jika saya berpeluang bertanyakan soalan, saya akan beritahu prinsip undang-undang tidak dipandang serius di Malaysia," katanya.
Katrina Joseph Paul daripada Tenaganita juga bersetuju, dan berpendapat ia menimbulkan kebimbangan bakal pemimpin Asean itu gagal bertanyakan soalan penting. "Ini cerminan kegagalan analisis, menjadi kritikal dan isu yang menyentuh hak asasi manusia termasuk nasib pekerja warga asing," katanya.
Arul Prakkash daripada Pusat Komas berkata, peserta seharusnya mengambil peluang itu untuk menyuarakan kepada Obama berkenaan ekstremis di dalam negara, terutamanya kepada komuniti bukan Islam. Sekiranya berpeluang, katanya,presiden AS itu seharusnya melihat Malaysia daripada aspek hak asasi manusia, bukannya sekadar ekonomi.
MI/27 April, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/