Sponsor

Monday, February 3, 2014

' Jonestown ' - Tragedi Bunuh Diri Yang Paling Buruk Dalam Sejarah Moden...

Rasanya 'Gue pernah baca cerita ini dulu, tapi sudah terlalu lama, 'Gue masih sekolah rendah lagi, lupa-lupa ingat..!.. Bila 'Gue jumpa berita ini dalam internet, barulah 'Gue teringat kembali, bagus lah juga sebab ada orang simpan dalam internet. Dulu mana ada Internet, harap cerita dalam majalah saja, bayangkan jika 40 tahun punya cerita macam ni, mana mau cari majalah tu....

Tragedi Bunuh Diri Masal 1000 Orang Mati di Jonestown
Ini merupakan sebuah tragedi malang yang menimpa anggota dari sebuah Ajaran sesat di California, Amerika Syarikat. Tragedi ini berlaku pada 18 November 1978 dimana semua anggota dari ajaran sesat ini telah membunuh diri. Aliran sesat ini menamakan kumpulan mereka 'People Temple' yang diketuai oleh pendita iaitu Jim Jones. Kejadian ini telah mencetuskan kejutan besar terhadap rakyat Amerika Syarikat. Mengikut maklumat terdapat 918 anggota aliran sesat ini telah ditemui mati akibat meminum sejenis racun 'Sianida'..
Tragedi Bunuh Diri Masal 1000 Orang Mati di Jonestown
Latar belakang kejadian ini bermula sekitar awal 1970an sehingga 1980an. Kehidupan masyarakat di Amerika ketika itu masih tebal dengan sifat perkauman. Sentimen rasis terhadap golongan berkulit hitam begitu ketara sekali sehinggakan mereka seringkali mengalami diskriminasi dan layanan buruk dari masyarakat berkulit putih.
Ditengah-tengah Sintimen yang menebal itulah, munculnya seorang yang bernama 'Jim Jones' seorang pendeta yang memiliki sebuah Gereja di Indianapolis. Gereja ini di sebut 'Gereja Rakyat' (The People's Church). Gereja yang dipimpin oleh Pendeta Jim Jones ini memainkan peranan penting bagi menyatukan golongan rakyat bawahan nya dari pelbagai warna kulit. Oleh kerana sokongan dan dokongan yang kuat terhadap Jim, maka pengaruhnya pun menjadi semakin membesar dan mulai meluas sehingga ke San Francisco dan bandar-bandar lain nya, hal ini juga melayakkan Pendeta Jim Jones mendapat penghargaan 'The Martin Luther King Jr. Humanitarian Award'. Simpati dan dokongan pula sudah meluas dan datang dari pelbagai peringkat rakyat termasuk pemimpin politik Amerika.

Tragedi Bunuh Diri Masal 1000 Orang Mati di Jonestown

Tragedi Bunuh Diri Masal 1000 Orang Mati di Jonestown
Bagaimanapun, semakin hari semakin menyimpang ajaran yang dibawa Jim Jones ini sehinggakan mendapat kritikan yang meluas di Media Massa AS. Memandangkan cemuhan dan kritikan terhadap ajaran Gereja nya, Jim Jones mengambil pendekatan untuk berpindah dari suatu ke satu tempat. Akhirnya mereka sampai ke satu Wilayah di Amerika Selatan iaitu Guyana. Disini, mereka membina penempatan dan mengusahakan pelbagai tanaman termasuk pisang sebagai sumber makanan utama mereka. Tempat ini begitu terasing dari dunia luar. Mereka melabelkan tempat tersebut sebagai 'Jonestown' sempena nama Jim Jones dan menanggap tempat tersebut sebagai 'Syurga yang sempurna'. 

Tragedi Bunuh Diri Masal 1000 Orang Mati di Jonestown
Pada awal kehidupan disini, Jones amat dipuja oleh para pengikutnya, sehingga segala kebijakan dan keputusan Jones langsung tidak boleh ditentang. Dialah yang paling benar, Dan siapa yang berbeza pendapat dengannya akan disingkirkan oleh para pengawalnya. 
Kritikan terhadap Jones tetap berterusan oleh ahli-ahli keluarga kepada pengikut aliran sesat ini di Amerika. Muncul pelbagai pertanyaan dan desakan sehingga sampai keperingkat politik. Menyedari bahawa akan ada kunjungan seorang ahli politik bergelar senator ke 'Jonestown' tersebut, maka Jim Jones memerintahkan semua pengikutnya meminum 'Sianida' yang padanya menganggap sebagai 'Jalan cepat menuju Syurga yang Mulia'. Anak-anak meninggal lebih dulu, bayi dibunuh dengan racun yang dimasukkan ke dalam mulut dengan cara sedutan. Setelah itu, lebih dari sembilan ratus orang, termasuk anak-anak, meracuni diri mereka sendiri....
Tragedi Bunuh Diri Masal 1000 Orang Mati di Jonestown
Tragedi bunuh diri masal Jonestown ini menjadi tajuk utama di media massa terkemuka, benar-benar sebuah tragedi kemanusiaan yang memilukan....

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/