Sponsor

Sunday, February 16, 2014

Ikrimah Abu Jahal - 'Hilang Gelap, Timbul Terang'....

Ikrimah Abu jahal adalah seorang Bangsawan Quraisy yang dihormati.  Orang kaya Kota Mekah ketika itu. Mewarisi sikap ayahnya yang menentang keras dakwah Rasulullah SAW. Ikrimah dikenali sebagai pemuda Quraisy yang gagah berani, penunggang kuda yang hebat dan mahir dengan selokbelok peperangan. Sebaris dengan Putera- Putera Kota Mekah yang lain termasuk Saad bin Abi Waqas dan Mus’ab bin Amir.


Berbanding dengan rakan-rakan  lain yang lebih maju dan terbuka dalam menerima seruan Islam, Ikrimah mungkin boleh dianggap sebagai seorang Pemuda yang jahil dan tidak berusaha melihat kebenaran Islam. Mungkin juga permusuhan nya terhadap Islam ketika itu banyak dipengaruhi oleh sikap kepimpinan bapa nya yang tersangat keras memusuhi Rasulullah SAW. Demi untuk menyenangkan hati bapa nya, maka setiap tindakan nya dilihat lebih keras dari Bapa nya sendiri.  

Sejak kematian Bapanya dalam perang Badar, pandangan dan sikap Ikrimah terhadap kaum Muslimin semakin membara. Jika dulu Ikrimah memusuhi Kaum Muslimin kerana ingin menjaga populariti Bapanya sebagai orang ternama di Kota Mekah, tapi kini permusuhan dan dendam terhadap Kaum Muslimin semakin menggila akibat kematian ayahandanya. Dendam nya itu ternyata di lampiaskan dalam peperangan Uhud dan perang Khandaq.
Namun, tidak semudah seperti yang disangka. Siapa Ikrimah yang hendak memusuhi Rasulullah…?..Semasa berlaku penalukan Kota Mekah, Ikrimah menyerang pasukan kaum Muslimin tapi dapat dikalahkan. Ikrimah sendiri terpaksa lari ke Yaman. Ketika di Yaman, Isterinya, Ummu Hakim telah berjaya menemui Rasulullah untuk mendapatkan kemaafan.

Berita kemaafan Rasulullah terhadap Ikrimah membawa khabar gembira. Ikrimah pulang dengan hati bersemangat waja. Ingin bertemu Rasulullah secepat mungkin. Berita kepulangan Ikrimah juga di ketahui Baginda Rasulullah. Ketika hampir tibanya Ikrimah di kota mekah, lalu Rasulullah berkata… “Ikrimah bin Abu Jahl akan datang ke tengah-tengah kita sebagai Mukmin dan Muhajir. Kerana itu, janganlah kamu memaki ayahnya. Sebab memaki orang yang sudah meninggal bererti menyakiti orang yang hidup, padahal makian itu tidak terdengar oleh orang yang sudah meninggal.”

Rasulullah menyambut kehadiran Ikrimah bersama isterinya dengan hati yang gembira. Dihadapan Rasulullah, Ikrimah melafazkan Kalimah Syahadat tanda keislaman nya. Disaksikan para sahabat, faham lah mereka bahawa Ikrimah akan menjadi antara Panglima Islam yang terkemuka… Dengan semangat baru apatah lagi bekas seorang Pemuda Quraisy yang gagah Perkasa, lalu berkata Ikrimah dengan hati yang penuh kecintaan terhadap agama barunya…

“Demi Allah, ya Rasulullah! Tak satu sen pun dana yang telah saya keluarkan untuk membenteras agama Allah di masa lalu, melainkan mulai saat ini akan saya tebus dengan mengorbankan hartaku berlipat ganda untuk menegakkan agama Allah. Dan tak seorang pun kaum Muslimin yang telah gugur di tanganku, melainkan akan ku tebus dengan membunuh kaum musyrikin berlipat ganda, demi untuk menegakkan agama Allah.”......

Allahuakbar…

* Foto sekadar Illustrasi *

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/