Sponsor

Sunday, February 9, 2014

Engkar Arahan Berjanggut, 10 Anggota Polis Mesir Di Pecat....

Kementerian Dalam Negeri Mesir, Jen. Muhammad Ibrahim, pada hari Sabtu 08/02/14 memutuskan untuk memecat 10 anggota polis kerana engkar terhadap arahan supaya tidak menyimpan janggut.

TV Mesir mengatakan, Ibrahim telah memutuskan mengakhiri tugas 10 anggota polis tersebut berdasarkan keputusan Dewan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri. Kesemua mereka didapati melanggar perkara 67/2 peraturan khusus bagi seorang anggota polis..
Hakim mengatakan bahawa 10 anggota polis tersebut telah mengabaikan teguran yang diberikan kepada mereka. Masih ada puluhan lagi anggota polis yang memiliki janggut sedang diancam untuk mendapat tindakan yang sama.
Portal elwatannews menyatakan antara nama anggota polis yang dipecat. Mereka adalah Irjen Pol Ahmad Syauqi Muhammad Abduh, Brigjen Pol Yusuf Saad Ali, AKBP Walid Hasan Muhammad Abdul Ghaffar, AKBP Muhammad al-Sayyid Abdul Hamid, AKBP Muhammad Mamduh, AKBP Hani Shabri Abbas al-Shakiri, AKBP Muhammad Jabir Awwad, AKBP Ahmad Mahmud Madhat, AKBP Mazin Ahmad Maher dan AKP Ahmad Hamdi Abdul Hamid.....

Kredit Voa Islam.com

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/