Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Sponsor

Friday, May 30, 2014

... ‘Dekat Di Hati Rakyat’..., Sultan Nazrin Shah Ibarat ‘Berlian’ Kepada Rakyat Perak...

Kehilangan permata diganti berlian, demikian perumpamaan rakyat Perak tatkala menerima Sultan Perak yang baharu, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Kepatuhan kepada Islam dan keadilan terhadap rakyat membolehkan baginda diterima rakyat dengan hati terbuka bagi meneruskan legasi ayahandanya Almarhum Sultan Azlan Shah, untuk menerajui negeri Perak. Seorang penduduk Ipoh, Ismail Rosa, 62, berkata pelantikan Sultan Nazrin Shah amat bertepatan kerana...

Thursday, May 29, 2014

Pengisytiharan Raja Dr Nazrin Shah, Sultan Negeri Perak Ke 35...

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu ekoran kemangkatan Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah semalam. Pengisytiharan perlantikan itu diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang tadi. Istiadat ini dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Sultan...

Kehabisan modal, Pihak Lawan Cipta ‘Laman Facebook Palsu’ Untuk Memburukkan Dyana Sofya...

Pihak lawan nampaknya kehabisan peluru sehingga terpaksa menyebarkan propaganda dan fitnah melalui laman Facebook palsu yang dicipta khas, serupa dengan laman Facebook rasmi calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya. Laman palsu tersebut yang sekadar mempunyai tidak sampai 5,000 bilangan ‘like’ cuba menyebarkan beberapa propaganda jahat, meskipun kebanyakan perkongsiannya adalah sama dengan laman asli. Laman yang mempunyai alamat...

MH370 – Dakwaan Terbaru JACC , ‘Kehilangan Pesawat MAS Bukan Dilautan Hindi...?..

Empat isyarat akustik atau ping yang dikesan di kawasan mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi sebelum ini disimpulkan bukan datang dari kotak hitam pesawat MH370. Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, kesimpulan itu dibuat selepas perkiraan profesional agensi penyelaras Australia.Ianya sekaligus memberi maksud bahawa pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu bukan hilang dikawasan pencarian tersebut. “Kita boleh simpulkan...

Maafkan Abang, Abang Akan Pergi Buat Selama-lamanya....

Maafkan abang tak sempat nak bagi kemewahan dan kebahagiaan kepada sayang kerana abang akan pergi buat selama-lamanya selepas ini.  Itu antara kata-kata terakhir komando tentera, Lans Koperal Mohd Fiffixezafey Mat Husin, 28, ketika menghubungi isterinya, Norhidayah Hasbullah, 27, kira-kira jam 10 malam kelmarin, sebelum dia maut dipercayai ditembak oleh rakan sekerja di Lahad Datu, Sabah, jam 4.45 pagi semalam. Ketika ditemui di rumah keluarga...

Calon DAP, Dyana Sofya Antara Yang Terawal Memberikan 'Penghormatan Terakhir' Di Istana Iskandariah...

Calon DAP Pilih Raya Kecil P.076 Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud pagi ini turut berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah. Beliau diiringi pimpinan Pakatan Rakyat diketuai oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak (Dun), Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Terdahulu, Dyana dalam satu kenyataan...

Penghormatan Terakhir – Balairong Seri Istana Iskandariah Mula Dibuka Untuk Rakyat Jelata..

Suasana di Balairong Seri Istana Iskandariah selepas jenazah Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dibawa masuk oleh lapan pegawai tentera dan diiringi 36 pengiring diraja sebentar tadi.. Balairong Seri Istana Iskandariah mula dibuka kepada rakyat jelata untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Azlan Shah bermula jam 9.05 pagi tadi. Kelihatan beberapa pegawai kanan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Orang Besar Jajahan...

Anggota Polis Biadap, Tidak Menghormati Tempat Ibadat..

Gambar [kiri] menunjukan seorang anggota Polis di Mekah meletakkan kakinya dengan bersepatu pada Hajarul Aswad.. Gabenor Makkah semalam mengarahkan siasatan dijalankan terhadap seorang anggota polis yang bersandar sambil meletakkan kasutnya pada tembok Kaabah. Putera Mishal Abdullah berkata, sikap biadab seperti itu tidak boleh diterima dan mengarahkan tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis yang tidak menghargai penghormatan yang...

Kes Cerai Abby Dan Farhan Di Buat Melalui SMS...

Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini. Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar. “Maafkan saya. Esok (hari...

Wednesday, May 28, 2014

Penghormatan Terakhir Buat Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah...

KulaiJaya: Suasana mendung disusuli gerimis, mengiringi kepiluan yang menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Batu 23 disini, ketika upacara pengebumian jenazah Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25 pagi semalam. Jenazahnya tiba di rumah keluarga dekat Taman Scientex di sini jam 6 pagi, dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak sebelum dibawa ke Masjid Kampung Rahmat untuk disembahyangkan. Jenazah itu kemudian dibawa ke tanah perkuburan...

Pengganti Takhta Sultan Perak Yang Baru Akan Di Isytiharkan Petang Esok..

Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baru akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang esok.    Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah, yang mangkat hari ini. Beliau berkata satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak akan diadakan lewat petang ini bagi menentukan pengganti...

Berita Kemangkatan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Perak Darul Ridhuan..

-Al Fatihah- Dengan dukacitanya adalah di maklumkan bahawa Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat pada jam 1.30 tengahari sebentar tadi.Semoga Allah merahmati Roh Baginda. Perkara itu diumumkan oleh menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari ini. Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang...

Rakan Tampil Kemuka Bukti Status Peguam Dimiliki Dyana...

Menjawab tohmahan beberapa laman blog pro-UMNO kononnya calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya bukanlah seorang peguam, rakan peguam beliau tampil mengemukakan bukti. Menulis di laman sosial Twitter, peguam Afiq Mohamad Noor mempamerkan sijil perakuan amalan guaman Dyana yang merupakan seorang rakan kongsi firmanya dan menjalankan amalan guaman pada tahun 2012 dan 2013.  “Akhir-akhir ini ramai yg mempersoalkan adakah benar Dyana Sofya merupakan...

‘BN Sebenarnya Yang Terdesak’ Untuk Dapatkan Pengundi Melayu, Bukan Nya PAS..!..

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS tidak terdesak seperti mana yang diperkatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebaliknya, ujar beliau Muhyiddin yang berada dalam keadaan terdesak untuk mencari sokongan pengundi Melayu apabila melihat PAS memberi sokongan penuh kepada calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. "PAS nak terdesak...

Tuesday, May 27, 2014

Manifesto - ‘Barang Naik’...?..Antara Yang Menjadi Keutamaan Dyana Sofya....

Setelah lapan hari berkempen, calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud hari ini melancarkan manifestonya untuk memperkasakan rakyat Teluk Intan. Manifesto tersebut tertumpu pada empat agenda utama iaitu kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita. “Masalah barang naik, pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan mempunyai kesan besar kepada rakyat tempatan serta menambah penderitaan rakyat. “Sekiranya dipilih,...

DS Subramaniam – Zahid Tersilap Langkah Melabelkan Pengundi India ‘Tidak Mengenang Budi’...

MIC memberi nasihat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menyifatkan pengundi India sebagai golongan "tidak mengenang budi", seperti dalam ucapan menteri itu semalam. Timbalan presiden parti, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kenyataan seperti itu akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil 31 Mei. Tambahnya, ahli politik juga harus berhati-hati agar tidak menyentuh sensitiviti kaum lain...

MH370 – Data Menunjukkan Pesawat Terhempas Di lautan Hindi...

Data mentah pengesan syarikat satelit komunikasi Inmarsat berhubung pesawat Malaysia Airlines MH370 menyokong kesimpulan pesawat itu kehabisan bahan api dan terhempas di Lautan Hindi, lapor akhbar New York Times hari ini. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan Inmarsat hari ini mendedahkan data Mentah yang digunakan bagi mengesan laluan pesawat hilang itu, seminggu selepas menerima tekanan keluarga penumpang. Data mentah itu menunjukkan...

Anwar - ...‘Menteri Kata Cina Penceroboh’,... Masih Ada Lagikah Orang Cina Nak Undi BN...?..

Selepas segala kritikan yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kaum Cina ‎di Malaysia bodoh sekiranya mereka masih mengundi parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi. Berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Industri Anson, Teluk Intan, Anwar berkata BN tidak menghormati kaum Cina dan ini berdasarkan daripada cara layanan kerajaan itu kepada komuniti tersebut. "Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka...

Yammy Samat Isytihar Keluar PERKASA..

Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat yang dirundung kontroversi berhubung pembabitannya dengan PERKASA hari ini menarik diri dari menganggotai NGO pro-Melayu itu. Yammy mengumumkan demikian kurang 12 jam selepas mengaku menjadi anggota NGO berkenaan. Beliau yang hadir dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP lain pagi ini berkata, keputusan itu dibuat untuk menamatkan kontroversi berkenaan. Berikut Kenyataan...

PRK Teluk Intan – Boleh Percaya Ke..?.‘Janji Nak Bina Sekolah Pun Tak Buat Lagi, Ini Janji Nak Buat Universiti Pula’..?..

Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan. Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan. Calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan pula untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen. Janji beliau menimbulkan...

Monday, May 26, 2014

Kenderaan Yang Di Percayai Merempuh Anggota Polis Di Temui Terbakar..

Sebuah kereta Toyota Wish dipercayai milik penyamun yang merempuh dua anggota polis di Batu 10 menghala Alor Pongsu, di Perak ditemui terbakar dalam kebun pisang di Ara Kuda di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata kereta berwarna kelabu itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira 5.30 petang. "Kami mendapat maklumat daripada polis Kedah memaklumkan...

Isteri Putera Mahkota Berpesta Dalam Keadaan Hampir Berbogel...?..

Sebuah video mencengangkan yang memperlihatkan Putera Mahkota Thailand Pangeran Maha Vajiralongkorn dan isterinya Puteri Srirasmi sedang bersenang-senang untuk merayakan satu pesta telah beredar di Internet. Di video itu Puteri Srirasmi terlihat bertelanjang dada. Sementara tamu kehormat pada acara tersebut bukanlah kepala negara atau para pembesar setempat, melainkan seekor anjing pudel yang dimanjakan pasangan itu bernama Foo Foo, Daily Mail,...

http://penburukonline.blogspot.my/