Sponsor

Sunday, May 25, 2014

Treler Ubah DAP Melancarkan Lagi Kempen Dyana Di Teluk Intan..


telukintan truck
DAP hari ini melancarkan treler Ubah untuk mengiatkan lagi usaha serta memudahkan kempen enam hari sebelum pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berlangsung.
Treler mudah alih berwarna putih dan berlatar belakangkan wajah calon DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di sebelah kiri dan tiga pimpinan utama Pakatan iaitu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS Tuan Guru Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Treler yang dilancarkan oleh Lim Guan Eng di Pejabat Perhubungan Jawatankuasa Parlimen DAP Teluk Intan akan digunakan dalam program ceramah sepanjang kempen pilihanraya kecil berlangsung.
Dyana berkata, beliau begitu berbesar hati dengan perasmian treler yang pernah digunakan dalam PRU ke 13 lalu untuk kempen kali ini. “Saya amat berbesar hati dan berharap saudara-saudari boleh mengikuti ceramah-ceramah kita dengan treler Ubah ini sepanjang minggu ini, ” sebelum majlis pelancaran.
Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke dan barisan kepimpinan lain.-RK

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/