Sponsor

Tuesday, May 27, 2014

PRK Teluk Intan – Boleh Percaya Ke..?.‘Janji Nak Bina Sekolah Pun Tak Buat Lagi, Ini Janji Nak Buat Universiti Pula’..?..


_DSC9261
Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan. Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.
Calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan pula untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen. Janji beliau menimbulkan persoalan terhadap janji-janji BN yang jarang ditunaikan.
Calon Pilihanraya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012. “Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik-taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang.
“Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia “Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada,” katanya dalam sidang media di Restoran Sin Loke Thian.
Menurut Dyana, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkan isu sekolah berkenaan di Parlimen pada tahun 2013. Menurut Dyana, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkan sekolah itu tahun ini. “Kita mahu tanya, bila nak tunaikan janji yang dulu? (Kerajaan) sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai,” tegas beliau.
Pada 11 Februari 2012, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak. -Rk/26 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/