Sponsor

Wednesday, May 21, 2014

Berita Kemangkatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tengku Annuar Sultan Badlishah..

Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pukul 12.20 tengah malam tadi.
  
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata jenazah Almarhum Tunku Annuar akan disembahyangkan di Istana Anak Bukit pukul 3 petang ini. 
"Jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit mulai pukul 1 petang hingga 3 petang bagi maksud memberi penghormatan terakhir," katanya ketika mengumumkan berita itu melalui siaran Kedah.fm hari ini.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat Asar. Katanya jenazah Almarhum akan dibawa melalui Jalan Sultanah, Jalan Titi Gajah, Jalan Hutan Kampung, Jalan Langgar dan terus ke makam.

Sehubungan itu, Mukhriz berkata, bendera negeri, Persekutuan dan lain-lain hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari mulai hari ini.  Beliau berkata tempoh   perkabungan adalah selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 27 Mei dan sepanjang tempoh berkenaan semua bentuk hiburan, keramaian serta perayaan adalah dibatalkan. 

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah itu, hari ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am bagi seluruh negeri Kedah.- Bernama
MK/21 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/