Sponsor

Sunday, May 18, 2014

Inilah Kelebihan Ketua Wanita UMNO, Mulut ‘Pot-Pet Pot Pet’, Dok ‘Selak Tepi Kain Orang’..!..

Pengumuman calon DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan yang dibuat semalam dianggap lakonan biasa oleh pemimpin tertinggi parti itu.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya berasa  simpati dengan Setiausaha Politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, kerana membiarkan dirinya diperalatkan.

“Pelantikan itu dianggap sekadar lakonan. Seperti biasa, pemimpin DAP penuh dengan lakonan. Saya kasihan dan simpati dengan calon itu kerana dia telah dipermainkan.

“Saya juga kasihan kerana dia sanggup membiarkan dirinya menjadi alat dan boneka kepada DAP. Keterbukaan DAP meletakkan Dyana Sofya sebagai calon mereka bagi PRK Parlimen Teluk Intan hujung bulan ini dilihat hanya kosmetik dalam menggambarkan parti itu tidak bersifat cauvinis,” katanya kepada media di Menara Umno, Jalan Macalister, di sini semalam.

Shahrizat mendakwa, semua maklum perjuangan DAP yang bersifat cauvinis dan tidak kisah dengan calon yang diketengahkan parti itu. 
“Siapa pun calon mereka, itu bukan satu cabaran. Kita semua tahu perjuangan DAP bagaimana," katanya.- SH/18 Mei 2014


Bagaimanapun pandangan Datuk Shahrizat ini telah diselar oleh Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng,..katanya, kenyataan Shahrizat yang menyifatkan Dyana Sofya sebagai "kosmetik" dan "alat serta boneka DAP" itu merupakan taktik kotor untuk mematahkan semangat golongan wanita dari menyertai politik.

"Saya ingat hanya orang lelaki main kotor, orang perempuan pun main kotor juga," katanya dalam satu majlis makan malam di Pulau Pinang pada malam tadi. "(Shahrizat Abdul Jalil) kata calon Teluk Intan kita Dyana Sofya Mohd Daud hanyalah kosmetik dan boneka. "Siapa yang kata begini? Itu ketua Wanita Umno sendiri, dan siapa dia? Dia tidak bercakap tentang lembu, tapi tentang kosmetik sekarang," katanya.

Beliau merujuk kepada skandal National Feedlot Corporation melibatkan anggota keluarga bekas menteri itu.- MK/18 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/