Sponsor

Friday, May 23, 2014

[Bergambar] Kanak- kanak Jatuh Dari Tingkat Dua ‘Terselamat’...

Kejadian ini berlaku di Guangdong China. Seorang pejalan kaki secara tidak sengaja melihat seorang kanak-kanak berumur setahun terjatuh dari jendela di tingkat dua sebuah bagunan. Difahamkan kanak-kanak ini sedang mencari ibunya.

Kejadian terakam kamera cctv sedang memperihatkan seorang pejalan kaki bernama Li melihat bahagian atas bagunan tepat sebelum kanak-kanak itu terjatuh. Ketika itu keadaan hujan dan licin, namun Li sempat menyambut kanak-kanak itu sebelum jatuh ke lantai.

Kanak-kanak ini keluar dari jendela semasa hujan dan angin kuat melanda Kota Zhongshan di daerah Guangdong, China. Dia diyakini sedang mencari ibunya... menurut Li, ‘Saya tidak memikirkan apa-apa saat melihat dia di jendela. Saya hanya berfikir untuk menyelamatkan nya’...cerita Li selepas kejadian itu...

Dalam rakaman, kanak-kanak yang terselamat itu terus dipeluk seorang perempuan diyakini ibunya...The Daily Mail/23 Mei 2014..
Gambar dari CCTV 



0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/