Sponsor

Thursday, May 15, 2014

Akhirnya 'Kau Pergi Jua'......Adam Ahmad

Al- Fatihah
Salam Takziah buat keluarga Allahyarham Adam Ahmad
penyanyi dan komposer popular era 80an dan 90an.
Semoga rohnya dicucuri rahmat. 

Adam Ahmad disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang, pada jam 12.15 pagi tadi akibat penyakit kencing manis, jangkitan kuman dalam darah dan tekanan darah rendah.
Jenazah dilaporkan akan dibawa ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang dikenali sebagai Norliza.
Allahyarham juga adalah komposer terkenal dan pernah memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun 1990 menerusi lagu ciptaannya, Janji Manismu dendangan Aishah.
Antara lagunya yang menjadi siulan anak muda ketika itu adalah:
Kau Pergi Jua....
Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang di mataku
Sehingga terbawa di dalam mimpiku
Sayangku
Tahukah kau di dalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas ku abadikan dalam jiwaku
Sayangnya
Harapan yang selama ini ku bawa
Hancur berkecai jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cintaku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/