Dendam bekas Perdana
Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak
pernah berakhir apabila terbaru menyelar bekas timbalannya itu yang memberikan
ceramah agama.
Mahathir berkata, Anwar
yang juga ketua pembangkang tidak layak untuk menyampaikan kuliah agama kerana
berdepan dengan isu moral. "Kalau nak cakap
pasal Islam mesti praktik sekurang-kurangnya, tidak buat yang dilarang oleh
agama."Saya hairan kerana
diterima orang macam ini (Anwar) cakap pasal tajuk yang dia tiada hak sama
sekali," katanya semalam dipetik Utusan Malaysia.
Beliau dilaporkan kepada
pemberita selepas menerima anugerah Doktor Kehormat dari Universiti Islam
Negeri Syarif Hidayatullah di Jakarta semalam.
Anwar sebelum ini
dilaporkan diundang untuk menyampaikan ceramah eksekutif bertajuk 'Nilai-Nilai
Islam dan Kebangkitan Semula Ummah Islam' di kampus Universiti Al-Azhar
Indonesia.
Penghinaan kepada Raja-raja dibuat secara terancang
12 minutes ago
Aiiik....Tak pernah2 Tun nak marah dgn DSAI memberi ceramah dimana mana sebelum ini. PELIK DAN ANEH.
ReplyDeleteAdakah beliau sudah tahu akan rancangan Najib terhadap anak kesayangan MB Kedah. Tun klu marah semua jadi mangsa,perangai lama masih.
Dengar khabar selepas Terengganu, Kedah pula akan mendapat MB baru. Dan Mukriz akan menjawat jawatan TIM. MENTERI.
Klu ia betul berlaku, Najib sudah membuat perancangan awal untuk menjatuhkan Mukriz. HEBAT.
Mari kita sama2 menonton Drama keluarga Tun Razak dan Tun Mahathir.
Team Tun Mahathir :
*Tun Daim dan mereka yg masih setia
* Perkasa
- klu ada lagi tlg tambah...hihihi
VS
Team DS. NAjib : - yg ramai mungkin cam tak caya :
* Jamaluddin Jarjis
* khairy Jamaluddin
* Sharizat (feed her own lot)
*Ahmad Maslan
* tengku Adnan (B'air malay taikun)
* Hishamuddin
Diatas adalah org2 kepercayaan DS.NAJIB.
Pelik...tapi benar.