Sponsor

Monday, May 19, 2014

Salam Takziah Buat Keluarga Allayarham Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

Salam Takziah 
Buat Keluarga Allayarham Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Bekas AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kembali ke rahmatullah kerana komplikasi darah tinggi dan buah pinggang di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras 12.05 tengah hari ini.

Menurut menantu keempat Allahyarham, Mahazan Hashim, ketika ini jenazah masih berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagi urusan mengeluarkan jenazah.

Sejurus itu, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumahnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, sementara nmenanti kepulangan seorang anaknya yang menuntut di Mesir.

Jenazah Allahyarham dijangka akan disempurnakan dan disolatkan pada jam 2.30 petang ini, di Surau Al-Mustakimah, Bandar Tun Razak, dan seterusnya dibawa ke Melaka untuk dikebumikan di kampung halamannya. di Tanjung Bidara.

Allahyarham sebelum ini hampir sebulan menerima rawatan di HUKM ekoran komplikasi penyakit yang dihidapinya.

Pada Khamis lalu, keadaan Allahyarham semakin merosot apabila doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman di dalam badan Allahyarham dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Sejak Khamis lalu, Allahyarham sudah tidak sedarkan diri sehingga menghembuskan nafas terakhir di samping isteri dan anak-anaknya.

Allahyarham meninggalkan dua orang balu, Maya Sulaiman dan Aziah Saad, serta 13 orang anak.

Semoga roh Beliau ditempatkan bersama para shuhada, amin..

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/