Sponsor

Wednesday, May 21, 2014

Daif - Terpaksa Tinggal Di Belukar Kerana Tak mampu Bayar Sewa Rumah...

Kuantan: “Kami sekeluarga tidak meminta lebih, sebaliknya berharap dapat berpindah ke rumah baru.
“Sekurang-kurangnya anak kami, termasuk bayi lelaki berusia 43 hari, Mohamad Hazim Hazrel Mohd Hassan tidak lagi hidup seperti gelandangan,” kata Suryati Azman, 32, antara 16 orang daripada tiga keluarga yang menghuni tiga khemah dan dua pondok kayu dalam belukar di Kampung Alur Ladang, Beserah, di sini.
Dia bersama suami, Mohd Hassan Manaf, 43; ibu mentua, Timah Mohamad, 65, dua ipar dan pasangan masing-masing serta sembilan kanak-kanak tinggal di situ sejak lima hari lalu, selepas tidak mampu membayar sewa bulanan RM250 ketika menyewa sebuah rumah berhampiran.

Meskipun hidup dalam keadaan daif tanpa bekalan air dan elektrik, tujuh daripada sembilan kanak-kanak itu masih meneruskan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Beserah, di sini.
Suryati berkata, mereka kini terpaksa mengharap ihsan jiran untuk mendapatkan bekalan air dan membersihkan diri terutama apabila anak mereka perlu bersiap ke sekolah.

myMetro/21 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/