Sponsor

Saturday, May 24, 2014

Amal politik ‘Haram Jadah’, Gambar Berbikini Calon DAP Pula Tersebar Dikampong Dan Masjid..

Kempen gambar bikini yang memburuk-burukkan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini berpindah daripada Internet ke kampung Melayu di kawasan pilihan raya, kata DAP hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, beberapa ahli PAS memaklumkan mereka menemui gambar, yang didakwa gambar Dyana Sofya berbikini, di sekitar kampung-kampung Melayu dan juga dalam sebuah masjid di Kampung Banjar.
“PAS berkata, mereka menemuinya di sekeliling kampung-kampung Melayu di Changkat Jong, dan ia dibawa kepada kami.
"Kami tidak tahu berapa banyak yang diedarkan tetapi kami berharap pihak polis akan menyiasat dan mencari pihak bertanggungjawab," kata Zairil selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak.
DAP cuba menukar imej Cina dan menarik undi Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya, seorang profesional muda Melayu. Bagaimanapun, gambar wanita berbikini itu, yang sebenarnya seorang pelakon Filipina, boleh menjejaskan usaha DAP memenangi hati masyarakat Melayu.
Pada pilihan raya umum tahun lepas, DAP melalui Seah Leong Peng mendapat hanya 25% daripada 23,000 undi Melayu dalam masyarakat semi-luar bandar.
Howard Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, membuat laporan bagi pihak Dyana Sofya hari ini, bagi menggagalkan usaha-usaha memerangkap calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu.
Calon BN, Datuk Mah Siew Keong Di Tuntut Bertanggungjawab..
"Saya menyeru Datuk Mah Siew Keong mengutuk politik fitnah ini. Jika beliau tidak berkata apa-apa, saya menganggapnya bersubahat dalam usaha mencemarkan Dyana dengan pembohongan ini," kata Lee.
Sejak pencalonan Dyana Sofya diumumkan, beliau menjadi mangsa kempen memburuk-burukkan di Internet yang digambarkan penganalisis sebagai percubaan mengurangi ciri kemelayuan beliau.
Beberapa pemuda juga menganggu sesi lawatan beliau, tetapi pencabarnya, Mah daripada Barisan Nasional (BN) menafikan beliau terlibat. – MI/24 Mei, 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/