Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Sponsor

Tuesday, July 28, 2015

Pemecatan Muhyiddin – Antara Komen Pengguna FB,..‘Rakyat Suruh Dia Berhenti, Dia Pula Berhentikan Orang Lain’..?

SHAH ALAM, 28 JUL: Sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan, sekelip mata akaun rasmi facebook Najib dibanjiri kecaman pengguna laman sosial terhadap tindakannya itu. Setakat jam 6.30 petang lebih 9,000 komen yang menyatakan ketidakpuasan hati gara-gara tindakan menggugurkan Muhyiddin daripada kerusi Timbalan Perdana Menteri. Antara komen pengguna...

Kecewa Dengan Pemecatan TS Muhyiddin, Umi Hafilda Umum Keluar Parti..

KUALA LUMPUR: Saksi pertama perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali pada Selasa mengumumkan keluar Umno berikutan kekecewaannya terhadap pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri. Ummi yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali merupakan Ahli Umno Gombak. "Saya Ummi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi utama kepada kerajaan bagi kes Anwar Ibrahim...

Monday, July 27, 2015

Mesir Di Ambang Kehancuran, Saudi Di Tuntut Berperanan Menyingkirkan Regim Kudeta..?

Kerajaan Arab Saudi dituntut untuk memperbaiki kesilapan masa lalu dengan cara mengambil peranan untuk menjatuhkan penguasa Kudeta Tentera di Mesir. Pemerintahan kudeta dinilai gagal untuk membangunkan Mesir dan kini Mesir berada diambang kehancuran. Sumber dari Egypt Window pada isnin 27/7/2015 hari ini, Abdullah Al-Meflih meminta para pemimpin negara-negara Teluk untuk mengakui kesilapannya masa lalu yang mendukung kudeta militer di Mesir....

Situasi Politik Semasa Tidak Memihak Kepada Umno/BN – Kata TPM...?

SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'.  Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario...

Sunday, July 26, 2015

‘Kemanisan’ Di Alam Maya Namun Tragedi Di Dunia Nyata..?

Perkembangan teknologi maklumat masa kini boleh dianggap sebagai penghubung antara satu dengan yang lain. Samaada ianya digunakan secara betul atau salah, terpulanglah kepada yang empunya. Ramai yang melebelkan teknologi maklumat inilah punca segala masaalah yang berlaku. Tetapi sebahagian yang lainnya meletakkan kesalahan kepada penggunanya.? Memang Indah.!. Bagi yang ingin mencari kenalan atau bercinta dialam maya, mereka mengakui ianya satu...

Saturday, July 25, 2015

Benarkah Presiden Mursi Di Racun..?

Direktorat Lembaga Permasyarakatan (penjara) Mesir, menafikan berita yang tersebar bahawa mantan Presiden Mesir sedang sakit parah. Presiden Mursi hanya kurang sihat dan menyebabkan beliau tidak dapat hadir dalam perbicaraan selasa lalu. Seperti yang dilaporkan Klmty pada sabtu 25 Julai 2015, sumber yang dirahsiakan mengatakan tekanan darah Presiden Mursi sedikit menurun dan sudah pun ditangani doktor di rumah sakit penjara Burj Arab, Alexandria....

Friday, July 24, 2015

Ramadan Berlalu, Konsert K-POP Bakal Bergegar..?

Batalkan konsert K-Pop Sabtu ini! Itu tuntutan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) kepada pihak berkuasa bagi menghalang konsert kumpulan dari Korea Selatan, Big Bang, yang berlangsung malam ini dan esok. Dalam peringatan ditulis di Facebook, PEMBINA mengingatkan umat Islam supaya tidak leka dengan hiburan kerana Ramadan baru saja berlalu."Ramadan baru saja pergi meninggalkan kita. Kini belia kita mahu menyambutnya dengan menghadiri konsert K-pop?"...

Thursday, July 23, 2015

Selembar Al Quran Yang Berusia 1,370 Tahun Di Temui Di Universiti Birmingham..?

UNITED KINGDOM - BRITAIN. Ujian radiokarbon pentarikhan telah menemui manuskrip al-Quran yang berusia paling tidak 1,370 tahun, menjadikan ia al-Quran paling awal wujud yang berjaya ditemui, lapor BBC. Kitab suci itu yang berada di perpustakaan Universiti Birmingham sejak hampir seabad lalu tanpa diketahui statusnya bersama disimpan bersama buku-buku dan dokumen dari Timur Tengah. Pakar dari Perpustakaan British, Dr Muhammad Isa Waley berkata,...

Wednesday, July 22, 2015

Tidak Kena Masa, Gerakan Harapan Baru Melalui Laluan Sukar..? Kata Penganalisis Politik..

SHAH ALAM – Nasib parti politik baharu, Gerakan Harapan Baru dijangka berakhir seperti mana-mana parti serpihan lain yang pernah wujud sebelum ini, lebih-lebih lagi apabila ia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Pas yang kecewa pada pemilihan lalu. Demikian kata penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang tidak menolak kemungkinan itu meskipun ia membawa agenda kepada perubahan politik negara.“Sukar untuk dinyatakan...tetapi...

Monday, July 20, 2015

Tiada Konspirasi Desak Najib Undur. Kenyataan Penyokong Najib Mengatakan Tiada Siapa Berhak Menuntut Najib Meletak Jawatan Dianggap ‘Memiliki Memori Singkat’..?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas cakap-cakap yang wujud konspirasi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, mengatakan tidak pernah ada cubaan secara rahsia untuk menjatuhkan beliau. Menulis di dalam blognya chedet.cc, bekas perdana menteri yang ketika ini lantang menentang pentadbiran Najib itu berkata, beliau selama ini secara terbuka berkempen supaya Najib berundur. "Adakah wujud konspirasi? Adakah seseorang...

Sunday, July 19, 2015

Gundik Diraja Di Sebalik Pembinaan Istana Hitam..?

MATSUE Castle atau Istana Hitam yang dibina pada tahun 1611 dilaporkan merupakan salah sebuah binaan tertua di Jepun. Tidak seperti kebanyakan istana lain di Jepun yang musnah atau rosak akibat peperangan, istana lama ini merupakan salah sebuah istana  yang masih tersergam kukuh di tempatnya.Namun ada rahsia di sebaliknya. Walaupun sering menjadi tarikan pelancong, siapa sangka istana keenam tertua di Jepun ini menyimpan 1001 misteri...

Saturday, July 18, 2015

Kebenaran Mendidik Kita Menjadi Setia - Ustaz Mohamad Hazmi

Gambar Sekadar Hiasan KEBENARAN MENDIDIK KITA MENJADI SETIA [Komentar Terhadap Artikel Ustaz Hasrizal] 1. MUQADDIMAH Saya bukan seorang penulis blog atau buku bestseller yang berbakat. Apatah lagi seorang selebriti dan perunding motivasi terkenal. Jauh sekali. Saya hanya seorang ahli Pas yang minat dengan perkaderan. Kerana minat itulah, saya terlibat dengan sektor tarbiah dan perkaderan dalam Pas sudah lebih 10 tahun. Saya mengenali Ustaz...

Sunday, July 12, 2015

Najib Perlukan Kabinet Baru Yang Lebih Dinamik Dan Komited Bagi Menghadapi Krisis Dalam Kepimpinannya..?

Ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berdepan saat genting, akhbar milik Umno hari ini mendedahkan rombakan Kabinet bakal dibuat tidak lama lagi. Utusan Malaysia dalam edisi mingguannya berkata, Najib kini tidak boleh mengambil mudah apa yang terjadi memandangkan situasi politik kini tidak lagi sama. Beliau perlu mengambil langkah lebih proaktif menghadapi serangan ke atas pentadbirannya. "Kali ini, senario politik...

Friday, July 10, 2015

Tolak PAS,...‘Saya Juga Punya Jalan Lain Untuk Masuk Syurga’..? Kata A Samad Said...

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyindir ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman sebagai 'penjaga pintu syurga'. Dalam laporan media Umno sebelum ini, Ridhuan (gambar) dilaporkan mengkritik Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad, kerana tidak memilih PAS sebaliknya menyertai DAP. Malah Ridhuan turut dilaporkan menasihati Pak Samad apabila berpolitik, pastikan...

Tuesday, July 7, 2015

Lepas Kutuk PAS Habis-Habisan, DAP Ada Hati Nak Pinang PAS Semula..?

Walaupun telah mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur, DAP tidak menolak kemungkinan bersatu kembali dengan PAS pada masa depan.Ditanya tentang kemungkinan pembentukan gabungan pembangkang buat kali keempat dalam pilihan raya umum akan datang, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata ia mungkin berlaku. DAP bagaimanapun menuntut komitmen PAS terlebih dahulu terhadap dasar bersama Pakatan.“Jika PAS tidak bersedia untuk ini, saya tidak rasa...

http://penburukonline.blogspot.my/