Sponsor

Monday, May 5, 2014

Sertai Semula Kabinet, MCA Ibarat ‘Jilat Ludah Sendiri’....

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menyifatkan keputusan MCA untuk menyertai semula Kabinet, semalam jelas menggambarkan parti berkenaan sudah bankrap prinsip dan tidak bertulang belakang.

Menurut beliau, keputusan diumumkan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai sama sekali bertentangan dengan janji mereka sebelum ini yang enggan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan, ekoran kekalahan teruk dalam PRU13 lalu. 

“Lihatlah betapa hipokritnya parti ini. Mereka langsung tidak ada pendirian dan hanya gilakan jawatan kerajaan, terutama Menteri dan Timbalan Menteri, walhal masyarakat Cina yang mahu diwakili sudah pun menolak MCA sejak awal-awal lagi.
“Secara tidak langsung, tindakan tersebut membuktikan bahawa mereka hanya berpolitik demi kepentingan diri sendiri dan bukannya atas prinsip perjuangan untuk membela nasib kaum Cina di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Kata Loke, beliau tidak nampak sebarang kesan positif daripada kemasukan semula MCA dalam Kabinet terhadap masyarakat, khususnya kaum Cina.  “Hakikatnya, MCA sudah tiada tempat dalam BN yang dikuasai Umno. 

Kemampuan parti ini untuk mempengaruhi dalam dasar kerajaan cukup terhad, memandangkan suara mereka langsung tidak didengari.
Lagipun, kata beliau, MCA sememangnya tidak layak menyertai semula Kabinet berikutan kredibiliti parti itu telah tercalar dalam PRU13 lalu yang menyaksikan masyarakat Cina sudah hilang keyakinan sepenuhnya kepada kepimpinan mereka.

SH/5 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/