Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan
bahawa beliau membayar wang kepada anggota parti untuk mengundi beliau dalam
pemilihan parti yang sedang berlangsung.
Abdul Khalid, yang bertanding untuk jawatan
timbalan presiden bagaimanapun mengakui bahawa beliau menyediakan khidmat
pengangkutan untuk membawa anggota untuk pergi dari pulang dari pusat
pengundian.
Beliau juga menyeru pihak yang tidak berpuas hati dengan perkara itu untuk membuat laporan ke jawatankuasa pemilihan. “Saya memohon maaf kepada seluruh anggota PKR kerana kegagalan proses pengundian. Kita benar-benar memerlukan reformasi yang menyeluruh. “Aduan dan tindakan ini penting untuk kita tunjukkan bahawa PKR ialah parti yang bersih dalam tatacara mengendalikan pemilihan. “Saya meminta agar setiap aduan tentang penipuan hendaklah diadukan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR,” katanya.
Beliau menjawab soalan pemberita di cabang Kuala Selangor berhubung dakwaan oleh calon ketua cabang, S Manikavasagam.

Manikavasagam dilaporkan mendakwa Khalid
membayar kepada anggota tersebut sehingga RM50 untuk setiap orang. Beliau berkata pesaingnya memberi suapan hingga
RM50 bagi setiap undi dan beliau mempunyai bukti kukuh tentang perbuatan itu. "Saya ada bukti dalam bentuk rakaman video
(politik wang) dan saya akan muat naikkannya tidak lama lagi. “Saya menerima aduan bahawa pemilih diberi
rasuah RM30 untuk memberi undi kepada calon yang bertanding bagi jawatan
kebangsaan dan RM20 bagi jawatan ketua bahagian Kuala Selangor.
"Saya harap jawatankuasa pemilih akan bertindak segera
tentang perkara ini," katanya seperti dilaporkan Bernama hari ini.
0 comments:
Post a Comment