Sempena ulang tahun penubuhan Umno
ke-68, akhbar Utusan Malaysia hari ini mengatakan masih ramai lagi pemimpin
parti itu 'tidak sedar diri' apabila sering bertelagah sesama sendiri sehingga
menimbulkan rasa muak rakyat kepada parti itu.
Melalui ruangan rencana akhbar milik
Umno itu,Pengarang Zulkiflee Bakar berkata, perbuatan berebut jawatan dan
bertelagah sesama sendiri masih wujud sehingga melemahkan Umno dalam pilihan
raya.
"Sehingga ke hari ini, masih
ramai pemimpin dan ahli Umno di peringkat cawangan, bahgaian mahupun negeri
bertelagah sesama sendiri.
"Sama ada Umno akan terus kukuh
dan unggul seperti mana dihasratkan oleh Najib, bergantung kepada sejauh
manakah pemimpin dan ahli Umno bersedia bermuhasabah dan melakukan pembaharuan
demi memastikan parti itu terus relevan pada setiap zaman," katanya dalam
ruangan komentar merujuk kepada hasrat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, Umno harus mengakui persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14) ke-14 sangat mencabar dan perlu dilakukan dari sekarang. Zulkiflee berkata, Umno perlu memastikan tiada konflik dalaman yang diakuinya sering menjadi duri dalam daging kepada usaha parti Melayu terbesar itu.

Selain itu, akhbar itu mendakwa Umno
menempah tempat di kuburan politik jika terus leka bernostalgia dengan jasa
pemimpin terdahulu tanpa menyedari senario politik kini semakin berubah dan
pemikiran rakyat semakin berkembang.
Katanya, Umno masih mencanangkan kejayaannya memperoleh 89 kerusi Parlimen semasa PRU13 lalu sekali gus mendakwa parti itu masih relevan dalam kalangan orang Melayu. Namun tidak menyedari hakikatnya jumlah kerusi tersebut masih memaksa Umno meminta bantuan komponen Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan.

"Malah apa yang perlu difahami
Umno juga gagal mempertahankan beberapa kerusi sama ada di peringkat Parlimen
atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang secara tradisinya milik parti tersebut. "Mungkin jika kerusi tersebut
tidak terlepas ke tangan pembangkang, Umno mungkin sudah menawan Selangor dan
BN boleh memerintah dalam kedudukan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
"Situasi itu tidak berlaku
kerana dalam kalangan pemimpin dan ahli Umno masih tidak berubah sikap biarpun
mereka mengetahui betapa gigih pucuk pimpinan parti berusaha memastikan Umno
diterima rakyat," katanya. – MI/10 Mei, 2014.
0 comments:
Post a Comment