Sponsor

Friday, May 16, 2014

Analisa – Masyarakat Antarabangsa Sudah ‘Jijik’ Dengan Basyar Al Assad...

Pungutan suara bagi jawatan Presiden di Syria bakal ditentukan pada bulan Jun. Bagaimanapun ianya ditentang hebat dari banyak negara. Mereka berpendapat pungutan suara demi menentukan bakal pemimpin Syria hanyalah 'satu perancangan'.
Hal ini dinyatakan oleh Menteri Luar Inggeris, William Hague dalam satu wawancara distesyen televisyen BBC 15/5/2014. Kata Hague,.. ‘ Masyarakat antarabangsa telah jijik pada Basyar al-Assad. Dia mengabaikan hak asasi manusia untuk hidup ’...
Kecaman keras dari pihak Antarabangsa ini memang wajar. Konflik berlarutan selama tiga tahun di Syria ini telah menyebabkan lebih 150 ribu rakyat Syria telah terkorban sementara jutaan yang lain terpaksa menjadi pengungsi yang nasib mereka tidak tentu arah, menjadi pelarian di negara-negara sekitar Syria. Bagi William Hague, jika sekiranya Ibu Kota Damaskus inginkan  kedamaian, perkara pertamanya, Basyar Assad mesti berundur dari tampok kekuasaan dan katanya,.. jika Basyar terpilih kembali bermakna negara Syria akan terus menjadi sebuah negara yang hancur..
Banyak negara didunia memberikan tumpuan terhadap konflik di Syria. Perancis, Jerman, Italia, Yordania, Qatar, Arab Saudi, Turki, Uni Emirat Arab, Inggeris dan Amerika Syarikat. Kesemua sepuluh negara ini telah mengadakan pertemuan di Ibu Kota London dan membentuk Negara Sahabat Syria demi melangsungkan usaha untuk memberikan bantuan kemanusiaan terhadap Syria.
Apa yang menjadi penting pada pertemuan itu adalah usaha Negara Sahabat Suriah untuk menghentikan pemilihan umum (pungutan suara) yang akan berlangsung pada Jun nanti. Waktu pungutan suara dibuat tidak tepat pada masanya, sebab masih ada jutaan pelarian yang belum kembali ke Syria dan keamananan di pelbagai kota di Syria belum pulih sepenuhnya. Ditambah lagi peperangan yang masih memuncak antara militer Assad dengan ‘kelompok pejuang’.. Atas fakta ini, seharusnya pada masa sekarang tidak sesuai diadakan pungutan suara.
Negara Sahabat Suriah ini terbentuk pada 2012 ketika utusan khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Lakhdar Brahmini mengundur diri sebab tidak mampu untuk mengakhiri krisis di negara itu. Dalam masa yang sama juga, pembentukan Negara Sahabat Syria ini terpaksa menghadapi dua negara besar yang lain seperti Russia dan China secara langsungnya telah memberi sokongan besar terhadap Basyar Assad.
William Hague berpendapat, sejatinya jika Assad adalah seorang pemimpin sejati dia perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kedamaian di syria dan barulah memikirkan tentang pungutan suara serta demokrasi.... ‘Namun ini tidak berlaku, sebaliknya Pertumpahan darah terus berlaku dan demokrasi di Syria sudah dianggap tiada langsung di Syria’...kata William Hague dengan penuh rasa kecewa..
TIANG SERI/16 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/