Sponsor

Friday, May 23, 2014

Kaunseling – ‘Muak’ Dengan Senario Politik Negara...?..

Gambar Hiasan
Soalan :
Saya remaja berusia 16 tahun. Saya bosan melihat keadaan senario politik negara yang kacau-bilau, malah saya tidak gembira dengan keadaan itu. Elemen saling menghasut banyak berlaku ditambah dengan pelbagai provokasi sensitif yang tidak seharusnya berlaku. Sebagai remaja, saya melihat sepatutnya ketua atau pemimpin perlu menunjukkan contoh teladan yang baik kepada rakyat. Namun, kebanyakan–nya tidak begitu, malah ada yang sanggup memporak-perandakan negara ini. Saya takut jika perkara ini tidak dihentikan, kesannya menjadi buruk terutamanya kepada remaja seperti saya.
Apakah yang akan berlaku kepada generasi muda seperti saya, apatah lagi dalam proses kami membesar dan menggantikan pemimpin sedia ada ? Apabila berbual, rakan lain juga memberitahu mereka muak dengan politik Malaysia. Apa yang patut kami lakukan Dr.? 
ANTI POLITIK BERMASALAH,Kuala Lumpur 

Jawapan : 
Memang benar. Banyak kejadian yang berlaku dari aspek politik yang boleh membuatkan adik tidak selesa pemikiran sehingga membabitkan pandangan negatif terhadap situasi politik negara. 
Dr memahami apa yang adik rasa. Pemimpin sering kali dilihat sebagai pembela bangsa dan negara. Justeru, apabila pemimpin tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik, yang menerima ke–sannya ialah masyarakat dan rakyat. Seorang ketua atau pemimpin sepatutnya tidak menunjukkan contoh yang jelik agar rakyat memandang tinggi kepada mereka. Pemimpin dipilih kerana rakyat mempercayai mereka untuk membela nasib. Lantaran itu, kesejahteraan rakyat dijadikan perjuangan utama pemimpin. Rakyat memilih pemimpin agar mereka dapat menjalankan tugas kepemimpinan dengan baik. 

Generasi muda seperti adik akan kehilangan contoh atau ‘role model’ apabila pemimpin tidak dapat menjalankan tugas mereka. Apa yang menggembirakan, negara kita masih mempunyai ramai pemimpin berkaliber serta mampu melaksanakan tugas memimpin dengan baik. Dr harap kepemimpinan mereka boleh dijadikan teladan kepada generasi muda. Marilah sama-sama kita mendoakan agar negara kita akan terus makmur dan sejahtera.
Artikel : myMetro/19 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/