Sponsor

Thursday, May 15, 2014

Tragedi Feri Karam - Park Ji-young, Antara Yang Mendapat Pengiktirafan ‘Perwira Negara’...

Seoul: Korea Selatan semalam mengiktiraf tiga daripada individu yang mati dalam tragedi feri Sewol pertengahan bulan lalu sebagai “perwira negara” bagi menghargai keberanian mereka menggadai nyawa menyelamatkan penumpang lain.
Pengumuman itu membuka lembaran baru kisah keberanian mangsa feri di sebalik pelbagai kecaman yang dilemparkan kepada pihak berkuasa. Ketiga-tiga wira itu adalah kru kapal yang bertugas secara sambilan. 
Dua daripada mereka - Kim Ki-woong dan Jung Hyun-seon - adalah pasangan yang sudah bertunang dan sepatutnya boleh menyelamatkan diri masing-masing, namun memilih untuk membantu mangsa lain yang terperangkap. 
Seorang lagi adalah kru termuda Sewol, Park Ji-young, 21, yang sanggup menyerahkan jaket keselamatannya kepada penumpang lain sambil membantu mereka untuk menyelamatkan diri. Penghargaan sebagai wira negara melayakkan mereka dikebumikan di Makam Pahlawan Korea Selatan, manakala keluarga mereka menerima pampasan, bantuan perubatan dan pelbagai insentif lain. 
Tindakan mereka sebagai kru sambilan feri berkenaan jelas bertentangan dengan sikap pengecut ditunjukkan kapten dan kebanyakan anak kapal yang lain. Semua 15 kru Sewol - termasuk kapten feri berkenaan - sudah ditahan. 
Seramai 275 orang disahkan terbunuh setakat semalam dengan 29 mangsa lagi masih belum ditemui ketika operasi mencari ditangguhkan akibat keadaan cuaca berbahaya. 

Feri Sewol seberat 6,825 tan itu terbalik dan karam di perairan selatan Korea Selatan pada 16 April lalu. Penyelam masih tidak dapat memasuki feri yang karam itu sejak pagi Sabtu disebabkan ombak kuat dan laut gelora yang menjadikan kawasan operasi sangat tidak selamat.- AFP
Kisah Menarik yang pernah disiarkan sebelum ini http://selaputtunggul.blogspot.com/2014/04/mempertaruhkan-nyawa-sendiri-demi.html

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/