Sponsor

Tuesday, May 20, 2014

Apa Pendapat Orang Politik Terhadap Pencalunan Dyana Sofya Sebagai calon DAP Teluk Intan...

Datuk Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pemilihan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon DAP mewakili Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan adalah satu pilihan yang tepat dan membuka lembaran baru politik Malaysia.

Pemilihan itu juga telah menembusi politik perkauman yang semakin menebal di dalam masyarakat negara ini. "Saya percaya dengan pemilihan Dyana ini bukan sahaja menembusi politik perkauman yang dituduh oleh Umno tetapi satu lembaran baru politik negara. 
"Ia harus menjadi pedoman kepada generasi baru bahawa masyarakat Malaysia telah pun merentasi politik kaum dan ia harus dilihat sebagai titik tolak prinsip keadilan sejagat yang perlu diperjuangkan oleh semua orang khususnya generasi baru," jelasnya.- KD/20 Mei 2014
Siti Zailah Mohd Yusof
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof pula berkata .."Pencalonan Dyana merupakan satu pengiktirafan yang amat tinggi diberikan DAP kepada kaum wanita khususnya wanita muda untuk turut sama berjuang membawa suara rakyat,"
"Dyana mempunyai sikap profesional dan berkemampuan untuk membawa suara rakyat dan bakal menjadi harapan kepimpinan generasi akan datang," sambung beliau.
Walaupun umur muda ia berfikiran matang, sikap dan ketegasan prinsip yang ada sangat mengagumkan kami, dia tak seperti setengah anak muda lain yang mudah terpengaruh habuan, beliau sanggup bersama DAP untuk berjuang demi rakyat," - KD/20 Mei 2014
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Dyana bukan calang-calang orang yang boleh dipertikaikan kerana beliau mempunyai pengalaman luas dalam politik. "Beliau adalah Setpol (setiausaha politik) Lim Kit Siang, sudah tentu ada pengalaman yang luas dalam selok-belok  sejarah politik negara," katanya yang juga AJK PAS Pusat.
Bahkan katanya, mana-mana mereka yang pernah menjadi Setpol pemimpin politik kebanyakannya menjadi ahli parlimen. "Ini menunjukkan Dyana cukup berjaya daripada profesion sebagai setiausaha kepada menjadi seorang ahli parlimen," ...KD/19 Mei 2014
Tun Dr Mahathir Mohamad 
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula berkata, Tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan 'hiasan luaran' parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu.
Beliau berkata tidak mustahil ramai orang Melayu akan menyokong calon DAP itu kerana sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu mudah tertipu dengan tindakan seperti itu. 
"Tindakan itu hanya hiasan luaran sahaja tiada harapan apa-apa (diletakkan kepada calon itu), kalau dia (calon itu) menang dia menanglah,"..
Dr Mahathir turut meluahkan kekecewaan apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama. "Kalau datang daripada keluarga pembangkang, tak jadi apa, pasal sejak kecil diajar benci Umno...kalau anak orang Umno, depa tak cakap kat anak depa pasal apa Umno ni ada sejarah Umno semua, jadi bila dia besar dia bebaslah nak buat apa sahaja,"- MK/19 Mei 2014
Datuk A Kadir Jasin
Datuk A Kadir Jasin berkata, pemimpin BN sebaliknya perlu cermin diri dan menilai semula punca anak muda Melayu kini semakin tertarik menyertai DAP.
‘Barisan Nasional (BN) perlu mengkaji trend anak Melayu muda dan berpendidikan tinggi menyertai parti DAP daripada terus menghentam calon Pakatan Rakyat (PR) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud’.. kata bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press.
"Ketika penulis blog upahan dan tukang kempen BN sibuk menghabiskan masa memfitnah Dyana, mereka sepatutnya memahami kenapa perkara sebegini boleh terjadi. Kenapa Melayu terpelajar menyertai DAP?
"Daripada menutup kelemahan dengan menyalahkan orang lain, mereka perlu nilai semula diri mereka dan tidak sepatutnya menghina rakyat," MI/19 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/