DAP Lebih Terbuka Dalam
Memilih Calon...
Calon DAP bagi kerusi
Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini menyelar semula Datuk Seri
Shahrizat Jalil, dengan berkata kenyataan memperkecilkan dirinya adalah bukti
kegagalan Wanita Umno menaikkan wanita dalam politik.
“Kenyataan
ketua Wanita Umno mengenai pencalonan saya sekadar wayang DAP adalah petunjuk
kegagalan Wanita Umno menaikkan ahli wanita mereka ke kedudukan barisan
kepimpinan dalam partinya dan kerajaan.
“Beliau
sepatutnya memuji DAP kerana berani dan ada keinginan politik untuk meletak
saya, seorang wanita Melayu muda di kerusi yang secara tradisinya ditandingi
wakil Cina daripada Barisan Nasional, tetapi sebaliknya Shahrizat
memperkecilkan saya dan DAP.
“Ini adalah sikap
negatif yang diturunkan daripada barisan pemimpin wanita BN yang secara terus-terusan
merompak peluang wanita untuk memimpin di negara ini,” kata Dyana dalam satu
kenyataan, hari ini.
Peranan Wanita Bukan Sekadar
Hidang Makanan Dan Minuman..
Semalam,
Shahrizat melahirkan rasa kasihan kepada Dyana yang dikatakan tidak sedar
beliau adalah boneka yang diperguna oleh DAP untuk merampas kuasa.
Tetapi,
hari ini Dyana mempertikaikan kenyataan itu dan berkata DAP menghormati wanita
dan mengiktiraf wanita perlu memegang jawatan lebih besar dalam kerajaan untuk
memberi keseimbangan wakil lelaki dan wanita.
“DAP juga
berani mencalonkan semakin ramai calon wanita dalam setiap pilihan raya.
Peranan wanita dalam politik tidak sepatut terkongkong dengan peranan tidak
penting, menghidang makanan dan minuman kepada pekerja parti dan melawat
pengundi di rumah mereka mengagihkan hadiah,” katanya.
Dyana
berkata, DAP menaikkan calon belia tanpa mengira bangsa dan jantina dalam
pilihan raya lalu, dan ini termasuk Teo Nie Ching dan Liew Chin Tong pada 2008,
Zairil Khir Johari, Kasthuri Patto dan Alice Lau pada 2013.
Belajar lah Dari Emak
Saya...
Dyana juga menyangkal
dakwaan Shahrizat, Umno yang membawanya di mana beliau berada pada hari ini,
dan berkata pujian itu sepatutnya diberikan kepada ibu dan keluarganya.
“Saya minta
beliau belajar daripada emak saya yang juga ahli Umno tetapi sudah sedar
pencalonan saya oleh DAP adalah kejayaan untuk wanita muda dalam politik,
terutama wanita Melayu, yang sudah lama terkebelakang disebabkan struktur
tidak fleksibel yang diamalkan Umno.
“Saya
terhutang budi kepada keluarga dan emak saya, atas semua kerja keras dan
keputusan peribadi yang saya buat sepanjang hidup saya,” kata Dyana.
Dyana
berkata, jika beliau memilih laluan yang serupa dengan Shahrizat dan tidak
menyertai DAP pada 2011, adalah mustahil untuknya memasuki Parlimen sebagai
wakil rakyat Teluk Intan dan jika terpilih, beliau bakal menjadi ahli Parlimen
termuda dalam Dewan Rakyat. “Datuk
Shahrizat Jalil dan Puteri Umno tidak sepatutnya memperkecilkan kebijaksanaan
dan kemampuan saya untuk membezakan BN yang melindungi kepentingan orang kaya
dan berkuasa, dengan DAP yang melindungi hak rakyat biasa Malaysia, tanpa
mengira bangsa, agama, fahaman politik dan kepercayaan.
“Parti
mencalonkan saya kerana saya sangat percaya kepada keadilan yang ideal, peluang
sama rata dan pemerintahan yang baik,” katanya.
Dyana Menjadi Mangsa
Kritikan Jahat...
Dyana, yang juga setiausaha politik kepada penasihat
DAP, Lim Kit Siang akan bertanding melawan pemimpin veteran, Datuk Mah Siew
Kong daripada BN, seperti diumumkan semalam.
Mah, yang juga presiden Gerakan, menang kerusi
Teluk Intan dalam pilihan raya umum pada 1999 dan 2004 tetapi kalah kepada
calon DAP M Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013 dengan undi
majoriti masing-masing 1,470 dan 7,313.
Kerusi itu kosong selepas Seah meninggal dunia
kerana penyakit barah pada 1 Mei menyebabkan pilihan raya kecil diadakan bagi
kawasan yang mempunyai 23,301 pengundi Melayu berdaftar (38.6%), pengundi Cina
(25,310, 41.9%) dan India (11,468, 19%).
DAP, yang membentuk satu pertiga daripada pakatan
pembangkang, berusaha membuktikan pengkritiknya salah dengan meletakkan lebih
ramai calon Melayu dalam pilihan raya umum lalu untuk meluaskan pengaruhnya.
Tetapi, keputusannya untuk meletakkan Dyana
mencetus kritikan daripada Umno, termasuk akhbar lidah rasmi parti itu, Utusan
Malaysia, yang mendakwa pencalonan Dyana akan mengecewakan dirinya dan tidak
bernilai kepada parti itu.
Dyana juga menjadi mangsa kempen berniat jahat yang
menunjukkan gambarnya berbaju mandi yang menjolok mata, dan penganalisis
berkata tindakan itu adalah usaha untuk menunjukkan beliau bukan seorang Melayu
yang “tulen” atau “baik”. – MI/18 Mei, 2014.
0 comments:
Post a Comment