Tiga pemimpin Majlis
Perwakilan Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM) diberi surat tunjuk sebab kerana
mengadakan protes sewaktu lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke
kampus tersebut.
Ketiga-tiga pelajar itu ialah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Lee Jin Yang, Setiausaha Fahmi Zainol dan timbalan setiausaha Leong Yu Sheng. Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan oleh bahagian hal ehwal pelajar (HEP) UM semalam melalui emel kepada mereka.

Pelajar itu mengadakan
protes ringkas mengenai Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dan
sokongan kepada rakyat Mesir semasa presiden itu datang ke universiti itu pada
27 April lalu di mana beliau bertemu peserta Young Southeast Asian Leadership
Initiative.
"Kami menerima surat yang mendakwa kami melanggar dan menjejaskan nama baik universiti kerana mempamerkan plakad bertulis 'No TPPA' dan logo pasal kes di Mesir," kata Leong ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini. "Kegagalan atau keengganan saudara untuk mengemukakan surat tunjuk sebab tersebut dalam masa yang ditetapkan akan mengakibatkan saudara dikenakan tindakan tatatertib," surat itu dipetik.

Leong berkata pihaknya
akan mengadakan sidang media berhubung isu ini 3 petang ini.
MK/9 Mei 2014
0 comments:
Post a Comment