Sponsor

Wednesday, May 21, 2014

‘Nak Isi Minyak, Bayar Cukai, Bayar Bil Elektrik, Beli Barang Keperluan Harian, Semua Dah Mahal, Itu Sebab UMNO Kena maki...??..

Kecoh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini, segerombolan manusia menggegar-gegar pagar besi bangunan itu, meraung-raung mahu masuk ke dalam. 
Sebelum itu, gerombolan ini sudah bikin demonstrasi di luar Dewan, di jalanraya – aktiviti yang mereka sendiri selalunya tidak suka kalau dibuat penyokong Pakatan.
Mereka susun beberapa biji telur di tepi pagar Dewan. Pada telur-telur itu tertulis kata-kata yang tidak elok untuk dituliskan di sini, ditujukan kepada ADUN DAP Sri Delima saudara R. S. N. Rayer.
Gerombolan ini kononnya marah dengan Rayer kerana kononnya si Rayer sudah berkata ‘UMNO celaka’.
Walaupun dihalang, gerombolan ini tidak menyerah kalah. Mereka gegar pagar besi itu sehingga hampir tertanggal, dan menyelitlah beberapa orang dari kalangan gerombolan itu masuk ke perkarangan DUN Pulau Pinang. Melanggar beberapa pegawai polis dan anggota keselamatan yang terus cuba menghalang mereka.
Nak masuk Dewan ini bukan senang. Mesti pakai kemas, tinggalkan kad pengenalan di kaunter pengawal, dan hanya boleh berada di tempat-tempat tertentu sahaja. Tak boleh masuk ke kawasan yang dikhaskan untuk ADUN, petugas media. Kalau masuk juga, pastilah dihalau pegawai keselamatan.
Namun gerombolan ini nampaknya ada ilmu kebal. Kalau bukan kebal, barangkali orang melihat gerombolan ini seperti orang gila. Ya lah, orang gila boleh buat apa sahaja, pergi ke mana sahaja. Tidak ada yang menghalang.
Maka gerombolan ini seperti buat lawatan sambil belajar, masuk menonong sampai ke ruang pejabat dan menerjah ke dalam Dewan yang mulia itu sendiri, terpekik-pekik mencari Rayer. Terguris kononnya hati mereka kerana Rayer menyebut ‘UMNO celaka’. Tidak tertahan-tahan lagi rasa marah mereka itu.
Barangkali mereka lupa, rakyat menghamburkan kata makian terhadap UMNO saban hari, hampir sahaja setiap masa; dan tidak terhad kepada “UMNO celaka.” Setiap kali mengisi minyak, membayar cukai, membayar bil elektrik, membeli keperluan harian, rakyat seluruh Malaysia semuanya maki UMNO.
Dalam keadaan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gelugor semakin hampir ke hujungnya, semakin galaklah puak-puak ini cuba menimbulkan kekecohan; menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak mahu keluar mengundi. Taktik ini sudah dibuat di Kajang. Kita tahu taktik ini, jangan buat berulang kali.
Tidak cukup semalam calon bebas yang disokong gerombolan berguling-guling bawah kereta Ketua Menteri macam filem Hindustan, hari ini pula buat stunt baru untuk tarik perhatian.

Kalau tak mahu dimaki ‘celaka’, bubar sajalah UMNO.
Anak Mami Di Perantauan/RK-21 Mei 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/